"Aku dapat kerja."Aku memandang ke arah Disha keliru. "Hah?" Apa dia cakap tadi? Aku kurang jelas lah. "Aku cakap... aku.dapat.kerjaaa!" Ulangnya masih bersuara riang. Telinga kuali aku yang akhirnya berfungsi mula memeluk Disha.
"Weyh seriuslah? Laju gila!" Pujiku kepadanya. Aku tumpang gembira untuknya. Murah rezeki dia. First try dah dapat kerja.
"Haah. Aku pun tak sangka tau. Aku pun macam kes kau dengan Tenesa tu. Kau tahu tak aku tak keluar-keluar lagi grup kelas sekolah menengah kita tu."
"Hah yang mana satu?"
"Group SPM student. Ingat?" Tanya Disha sambil menunjuk ke arahku. Aku berfikir seketika sebelum mengangguk kecil. Grup tempat diorang discuss homework, subjek ulangkaji, dan target soalan spm dulu.
"Haa yang tulah. Aku pergi tanya dalam grup tu macam... ada tak dalam sini yang kerja dalam company pastu ada kerja kosong tak. Pastu ada lah sorang hamba Allah ni tolong aku. Tapi aku dah lupa dia siapa. Nama je aku tahu." Beritahu Disha sambil menggosok dagu.
"Nama dia Amran." Kata Disha lagi. Aku cuba mengingat-ingat kembali. Amran eh?
"Oh!" Bisingku tiba-tiba.
"Aku tahu."
"Apa dia? Siapa?" Tanya Disha ingin tahu.
"Amran tuu budak nerd yang selalu menjaga dekat library sekolah kita dulu." Semangat aku memberitahu. Teringat pula aku, dulu selalu bodek-bodek dia sebab aku lambat pulangkan buku novel yang aku pinjam di library. Hehe.
"Eh haah lah. Ye do aku baru ingat bila kau dah sebut macam tu." Kata Disha pula bersungguh-sungguh.
"Tak sangka dia sekarang dah kerja dekat syarikat eh. Dia bahagian accounting. Nampaknya kami satu tempat kerja lah ni." Disha menggelengkan kepalanya tidak percaya. Kecil je dunia.
"Kau pula Dhea macam mana? Ada perkembangan ikut temuduga hari itu? Any news? " tanya Disha pula aku mencebik bibir sambil menggeleng.
"Baru je kelmarin aku pergi. Hari ni takde dapat call pula. Aku rasa tak dapat lagi kot." Agakku sendiri. Tak ada lah sedih sangat. Sebab macam boleh agak tak dapat sebab ramai saingan kan. Itu kan syarikat hebat juga.
"Alah tak apa. Nanti kalau sure kau tak dapat jawatan ni aku tolong kau cari kat tempat lain. Tanya dalam grup lagi ke. Kita boleh think of something else." Cadang Disha cuba menenangkan aku."Yah. Thanks Disha, kau baik sangat." Kataku tulus sambil tersenyum kecil. Disha membalas senyumanku. "Tak ada apalah." Jawabnya tidak mahu aku rasa keberatan.
Kring! Kring!
Aku yang mendengar telefonku berdering segala membuka beg dan mengeluarkan telefon.
"Ya hello?" Ucapku sebaik sahaja menyambut panggilan. "Hello. Good morning. Maaf mengganggu boleh saya tanya, saya sedang bercakap dengan cik Dhea Arabella ke sekarang?" Tanya si pemanggil. Aku yang mendengar soalannya sudah mula mempamer senyum kepada Disha. "Ya saya." Jawabku ringkas. "Oh, tahniah cik. Cik telah diterima masuk sebagai pembantu peribadi kepada Chief Executive Officer di syarikat kami." Ucapnya ceria buatkan senyumanku bertambah lebar. "Jika cik setuju dengan penerimaan kami, kami harap cik dapat mula bekerja bermula esok. Pukul 8 sharp dah kena ada ya di syarikat. Harap maklum." Beritahunya terperinci. "Ya semestinya saya terima. Baiklah saya akan datang besok." Jawabku bersungguh-sungguh. "Baiklah, cik. Saya akan maklumkan kepada receptionist bila cik sudah sampai nanti. Jumpa besok cik Dhea." Katanya lagi.
"Okay, terima kasih." Ucapku. "Ya, sama-sama." Balasnya pula sebelum mematikan panggilan.
Aku mematikan telefonku sebelum menoleh ke arah Disha perlahan-lahan.

YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...