aku merenung lama dulang makanan di atas kaunter dapur . harraz sekali lagi tak turun makan menyebabkan aku kena hantar makanan ini ke bilik dia . aku tahu dia sengaja buat begini . sengaja nak buat aku terseksa" apa yang kamu tenung lama lama makanan harraz tu dhea "
tegur makcik siti menyentakkan lamunanku . aku menayangkan senyum sambil menggeleng kepala
" tiada apa apa lah makcik siti " kataku namun aku masih lagi tidak berganjak . dulang itu masih aku pandang dengan gusar . aku mendengar makcik siti menhela nafas lalu berjalan mendekatiku
" biar makcik sahaja lah hantar makanan ini ke bilik harraz " putus makcik siti membuatkan aku cepat cepat cuba merampas dulang tersebut
" eh kenapa pula ini kan memang tugas dhea " aku sekali lagi cuba untuk mendapatkan semula dulang itu namun gagal apabila makcik siti lebih laju mengelak " tak apa lah kalau sekali sekala . makcik nampak kamu macam tak sihat je ni . pergilah rehat " suruh makcik siti khawatir
" kalau dhea pening kepala ke apa makcik ada ubat tu . nanti minta je ya dengan makcik "
aku mengangguk kecil . tanpa menunggu lama makcik siti pun bergerak naik ke tingkat atas . dhea tak sakit , dhea stres . mengingatkan harraz yang sentiasa memberikan aku renungan aneh setiap kali aku bertembung dengan dia buatkan aku rasa nak lari je dari rumah ni . gelang yang tersarung pada pergelangan tanganku aku renung dengan helaan nafas berat . sejak kena ugut haritu memang betul betul aku pakai terus gelang ni . takut apa yang harraz ugut tu betul betul dia buat ' aku cakap aku buat ' ' jangan cabar aku ' kata kata yang selalu dia ucapkan selepas mengugut seseorang itu terngiang ngiang dalam kepala otak aku
pernah semasa harraz berumur 10 tahun tuan farhan dan puan ezra diminta untuk datang ke sekolah kerana harraz 'dituduh' mematahkan jari rakannya tetapi harraz dengan mudah berkata bahawa rakannya hanya tersadung pada batu dan terpatahkan jarinya sendiri . dia juga menyatakan bahawa dia kebetulan berada di situ dan ingin membantu rakannya namun dia malah dituduh menolaknya dengan sengaja tak lupa juga bersama tangisan palsu harraz pada ketika itu
macam mana aku boleh tahu cerita ni ? aku kan suka menyibuk . dari kecil memang perasaan ingin tahu aku tu tinggi
aku tahu memang dia yang buat jari kawan dia patah dan aku juga tahu apa motif dia . ya aku ada semasa kedua dua kejadian ni terjadi . rakan harraz ni sebenarnya seorang pembuli hampir semua orang dalam kelas dia buli termasuk harraz . semasa harraz sedang membuat latihan matematik pada waktu rehat dia datang dan mengoyakkan kertas harraz . dengan emosi yang sedaya upaya dikawal harraz berkata " jauhkan diri kau dari aku kalau kau tak nak aku cederakan kau "
ayat yang meluncur keluar dari mulut harraz cukup untuk buatkan budak lelaki itu gerun namun memikirkan malunya yang diberi amaran di hadapan semua orang buatkan dia semakin mengganas
namun balas dendamnya sia sia apabila dia berhujung di bilik ert sekolah untuk merawat patah jarinya . sejak daripada itu memang budak tu dah serik dah kacau harraz malah dia berpindah sekolah tidak tahan ditenung tajam oleh harraz setiap hari
" DHEA ! "
terhinjut bahuku dek kerana terkejut dengan sergahan maklong . matilah aku
" kenapa aku nampak kak siti yang hantar makanan harraz ? itu kerja kau kan "
" haah maklong . tadi dhea nak hantar dah
tapi -"" eh kau ni kenapa malas sangat ? nak hantar makanan pun susah sangat ke sampai nak susahkan orang lain " maklong bercekak pinggang di hadapanku dengan muka yang menyinga
" tak bukan macam tu . mak cik siti cuma nak tolong dhea je "
" kau kena ingat kau siapa dalam rumah ni . jangan ikutkan sangat keras kepala dan malas kau tu " laju tangan maklong menunjal nunjal dahiku . aku hanya mampu diam . yes aku masih boleh tahan perlakuan maklong yang ni
![](https://img.wattpad.com/cover/353714331-288-k674069.jpg)
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...