• chapter 16 •

149 8 0
                                    




tanganku bergerak mengemop lantai pada ruang tamu rumah tuan farhan mataku tak lepas dari memberikan pandangan maut kepada harraz dari kejauhan

sudah tiga hari dia tidak memulangkan getah rambutku malah yang lebih menggeramkan lagi rajin dia memakai getah rambutku pada pergelangan tangannya . maklumlah rambut tak cukup panjang kan . bukan dia boleh ikat rambut pun tapi gatal nak pakai pakai getah rambut dah lah bukan dia punya

setiap kali aku cuba mendatanginya pasti ada sahaja caranya mengelak seperti mahu ke tandas lah mendekati puan ezra ataupu tuan farhan lah . dia pasti akan berjalan mendekati seseorang sebagai pelindungnya agar aku tidak boleh menegurnya . tak guna betul

pada saat ini pun dia sedang santai menonton televisyen bersama tuan farhan . dia tahu aku tidak akan berani datang ke sana dalam keadaan tuan farhan ada di situ

selesai mengemop lantai aku mula menghantar semula mop itu ke tandas

kemudian aku kembali keluar ke ruang tamu . pada saat itu aku lihat harraz sedang menaiki anak tangga mungkin mahu ke biliknya . aku pun apa lagi mula lah mengikuti langkahnya untuk mengejar jejaka itu

" dheaa can you help me ? " jerit puan ezra dari arah dapur . aku memejamkan mataku cuba menenangkan diriku yang sedang tertekan

bad timing !

" okay aunty sekejap " balasku dengan malas mula menuruni anak tangga semula

tak apa lah bukan rezeki

aku kemudian terus memasuki dapur mencari kelibat puan ezra . masuk sahaja ke dalam dapat aku cium haruman lavender yang wangi
kelihatan puan ezra sedang menyusun keluar lima defuser di atas kaunter dapur . ya ampun aunty ?

" wah aunty banyaknya aunty beli " tegurku mula mendekatinya

" haah wangi kan ? "

" wangi wangi dhea suka bau lavender . ni aunty beli banyak banyak ni nak bagi siapa ? "tanyaku bersahaja

" good to hear that you like it . of course lah aunty beli untuk letak dekat bilik kita masing masing ni kalau dhea suka yang lavender ni take it  letak dalam bilik dhea ya " kata puan ezra memberikan aku defuser itu

" wah aunty panggil dhea sebab nak bagi ni ke ? thanks aunty " ucapku gembira . puan ezra membalas dengan senyuman kecil

" anything that I can help you aunty ? aunty dah bagi dhea ni mestilah dhea kena tolong aunty something kan ? " pelawaku kepadanya membuatkan senyuman pada bibir puan ezra semakin melebar

" aw you're so cute dhea , ni tolong aunty hantar yang ini ke bilik harraz boleh ? " sekelip mata aku rasa menyesal berbuat baik

" eh tapi nanti nanti lah tu sebab tadi uncle cakap dia nak keluar jalan dengan harraz sekejap , bawa jumpa dengan uncle rizan . kamu kenal kan ? " aku mengangguk . kalau tak silap aku itu uncle yang pernah datang ke sini dan mencari harraz . tapi itu sudah beberapa tahun lepas

boleh tahan kuat juga ingatan aku

" okay okay "

" jomlah teman aunty siram pokok dekat luar sekejap" ajak puan ezra aku akur megikuti langkahnya dari belakang

sampai di taman aku berjalan ke arah bilik kecil di mana peralatan peralatan berkebun diletakkan

aku mengambil penyapu yang tiada rambut aku tak tahu nama dia apa tapi yang untuk sapu daun kering tu dengan bekas siram pokok

" nah aunty dhea dah isikan air " hulurku kepada puan ezra

" oh thank you dhea . ni nanti dhea sapu daun kering berdekatan pagar rumah juga boleh tak ? aunty perasan kat situ banyak betul daun kering " kata puan ezra aku mengangguk faham

Enamoured to you Where stories live. Discover now