• chapter 20 •

165 9 5
                                    



tiga bulan berlalu begitu sahaja. tak sedar dia akan menduduki ujian spm dalam masa satu bulan sahaja lagi. kehidupan di rumah tenang sahaja apabila tiada keberadaan mamat leopard itu di sana

alat pengesan camera telah dia beli beberapa bulan lepas. sampai sahaja di rumah terus dia periksa seluruh rumah dan amat melegakan apabila memang tiada camera di dalam biliknya. cuma dia belum menemukan camera di dalam library. library tu besar kot mananya nak jumpa, dah lah harraz tu memang pandai sembunyi camera

kalau tak baca bismillah memang takkan jumpalah camera dekat ruangan lain tu

namun, sayangnya ketenteraman hidupnya tidak bertahan lama apabila dia mendapati harraz akan pulang ke Malaysia pada hari ini

" haish, cepatlah masa berlalu. aku nak, pejam celik pejam celik je aku dah tak perlu untuk tinggal dan bersemuka dengan harraz lagi " kata dhea sendirian sambil menocang rambutnya di hadapan cermin bilik

katanya harraz akan pulang pada waktu malam dalam pukul 9:30 malam begitu, dia akan landing. jadi kiranya dalam berapa minit dia akan sampai ke rumah. 1 jam ? mungkin

selesai menocang rambut dia terus bergerak keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.
dari atas pun sudah boleh dengar suara riuh puan ezra dan yang lain sedang berborak. amboi awalnya tunggu harraz balik, sekarang baru pukul 8:30 malam

turun sahaja dia di bawah, semua mata terus terarah kepadanya

" alahai dhea, kamu pakai baju tidur macam ni nampak macam kamu masih budak budak pula. comel. " puji puan ezra melihat baju tidurnya. aku mengenakan dress tidur panjang berwarna biru muda bersama selipar bilik berpatern beruang

 aku mengenakan dress tidur panjang berwarna biru muda bersama selipar bilik berpatern beruang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


memang dari dulu dia suka pakai baju tidur begini. fesyennya comel dan sedikit vintage ala ala macam baju tidur dalam k-drama snowdrop tu

" mungkin baju baju macam ni memang dah tak sesuai kot untuk umur dhea. tu yang nampak macam budak budak " balasnya segan

" tak lah sesuai je. kamu tu yang memang macam badan budak budak lagi. kecik molek je " balas makcik siti pula. puan ezra mengangguk setuju

dhea hanya tersenyum kecil sebelum melabuhkan duduk di sofa paling hujung. saya kan budak budak tak elok duduk tengah tengah nanti kena bawa bercerita banyak banyak pula

" eh kak, dah lama saya nak tanya ni sebenarnya tapi lupa pula " kata makcik nisah kepada puan ezra

" apa dia tu? "

" harraz tu belum ada teman wanita ke? " tanya makcik nisah buatkan perhatian dhea teralih daripada menonton televisyen

this is interesting

" haih, saya pun tak tahulah. harraz tu kuat sangat berahsia, kalau ditanya katanya tiada tapi bukan main lepastu tersengih sengih macam orang angau. something tau " kata puan ezra geram

Enamoured to you Where stories live. Discover now