• chapter 3 •

196 9 0
                                    

                                     <^>


aku mengambil beg sekolahku lalu menggalasnya tertib . jam tangan yang berada di atas meja solek aku gapai lalu memakainya pada pergelangan tangan kananku

selepas sahaja menutup suis kipas dan lampu aku membuka pintu dan bergerak keluar dari bilik . kepalaku ditolehkan ke sisi apabila mendengar bunyi pintu bilik dibuka . kelihatan harraz juga baru sahaja keluar dari bilik . baru sahaja dia ingin meneruskan langkahnya ke tingkat bawah , tak semena mena langkahnya terhenti apabila melihat kelibatku . tidak tahan ditenung lama oleh harraz aku mula mendekatinya

" harraz " panggilku walhal dari tadi memang tumpuannya sudah tertumpu padaku

keningnya di angkat sebelah tanda ' apa? '

" semalam dhea tak ikut harraz dekat atas sebab dhea rehat awal " beritahuku tanpa ditanya . takut juga nanti dia balas 'siapa tanya' takut aku kelepuk kepala dia

dia merenung segenap wajahku seketika sambil menyengetkan kepala " kau demam ? "
" eh taklah mana ada . dhea cuma rasa nak tidur awal je semalam " balasku dengan kepala yang digeleng geleng .

tanpa amaran jarinya naik mengusap dua ulas bibirku " bibir kau pucat " aku yang terkejut dengan laju melarikan jari jemarinya dari terus mengusap bibirku . beraninya ! " hah pucat ? " tanyaku bingung lalu mula masuk semula ke dalam bilik . aku menghampiri meja solek lalu menilik wajahku pada cermin . nak kata pucat mana ada pucat nak kata merah takdelah merah sangat . normal je

dia ni tipu aku ke ?

tidak memedulikan kata kata harraz aku kembali keluar dari bilik semula . lantaklah yang aku tahu bibir aku tak pucat . keluar sahaja dari bilik kelibat harraz sudah tiada di situ . eh lajunya hilang

tidak mahu terlalu memikirkan hal itu aku mula bergerak turun ke tingkat bawah . kejap lagi van aku dah nak sampai


                                 *******

sampai di sekolah aku berjalan melintasi koridor sehingga tiba di hadapan kelas . masuk sahaja ke dalam aku disapa oleh beberapa rakan sekelasku dengan mesra . aku tidaklah begitu popular di sekolah tapi selama aku bersekolah di sini aku langsung tiada masalah dengan sesiapa . tiada musuh , ex , simpan dendam semuanya baik baik sahaja

aku boleh bayang bagaimana keadaan akan berubah 360' jika orang di sekolah ini tahu bahawa aku tinggal serumah dengan harraz . huru hara beb . jadi aku harap rahsia ni aku boleh simpan lama sampai aku habis sekolah dan begitu juga dengan harraz

" hai disha " sapaku kepada rakan semejaku merangkap rakan paling aku rapat di sekolah sejak tingkatan 1 lagi

" ellow kawan " dia turut membalas sapaanku . masih aku ingat semasa pertama kali kami berjumpa . masing masing malu malu kucing tapi sekarang . herm nok haram lah shy shy cat ni yang ada shy shytan . lagipun kami ada banyak persamaan dari segi makanan kegemaran , minat membaca novel , cantik aish lepastu nama kami pun sama sama huruf depannya 'd' . dhea dan disha

" ara aku ada berita gembira nak bagitahu kauni " kata disha teruja . ya disha memanggil aku ara dari singkatan nama belakangku arabella . pada mulanya aku berasa pelik yelah sebab memang semua orang panggil aku dhea tapi dia kata dia nak different dari yang lain so dia panggillah aku ara . up to you lah disha

Enamoured to you Where stories live. Discover now