• chapter 47 •

40 4 5
                                    




Sedang dia sibuk membuat kerja pada komputer, dia dikejutkan dengan kedatangan Datuk Bakri yang baru sahaja keluar dari kotak lif.

"Datuk Bakri?" Tanyanya bingung sebelum bingkas bangun dari duduk. Datuk Bakri tenang berjalan mendekatinya sambil mengukir senyuman.

"Good afternoon, Dhea." Ucapnya bersahaja.

"Datuk buat apa dekat sini? Setahu saya kita sudah tiada apa-apa kerjasama lagi... datuk ada buat appointment ke cuma saya tak perasan?" Pantas tangan menyemak komputer untuk mencari nama Datuk Bakri namun tiada apa-apa. "Saya tak ada buat appointment. Saya cuma nak jumpa Harraz sekejap sahaja, sebagai seorang kawan rapat." Jelasnya mula melangkah ke arah pintu bilik Harraz. Dhea pantas menghalang jalan datuk itu.

"Eh! tak boleh macam tu datuk, kawan pun kena lah beritahu awal kalau nak jumpa... kotnya masa tu Encik Harraz tengah ada meeting."

"Tapi sekarang tiada kan? Jadi bagi saya masuk." Selamba Datuk Bakri menarik lengan Dhea untuk ke tepi dan segera menguak pintu pejabat Harraz.

"Datuk Bakri jangan macam ni!" Larang Dhea tapi sudah terlambat apabila pintu sudah pun terbuka dan Harraz terang-terangan dapat melihat mereka berdua. Harraz berasa pelik melihat kehadiran Datuk Bakri yang dengan selamba memegang lengan Dhea dan menolaknya ke tepi. Muncul perasaan tidak senang melihat aksi itu. "Dhea?" Panggil Harraz. Dhea segera menoleh.

"Datuk Bakri datang tak inform dan buat appointment, jadi saya halang lah Datuk masuk." Beritahu Dhea tanpa Harraz perlu tanya.

Harraz memfokuskan pandangan pada lengan Dhea yang masih dipegang datuk itu. Tanpa sedar dia merengus perlahan.

"Biarkan dia." Putus Harraz.

"Datuk, tolong lepaskan lengan PA saya." Suruh Harraz pula kepada Datuk Bakri. Dia tersenyum sinis sebelum melepaskan tangan Dhea dan mengangkat kedua tangan ke udara.

"Upss sorry!" Katanya bermain-main.

Harraz memberi signal kepada Dhea untuk meninggalkan mereka berdua sahaja. Dhea langsung mengerti dan berjalan keluar.

Harraz kembali menghadap skrin komputer membiarkan Datuk Bakri melakukan apa sahaja yang dia mahu.

"Ada apa datuk datang ke sini?" Tanyanya tanpa perasaan.

"Hahaha rileks lah dulu... kita minum-minum dulu ke. Panggil Dhea." Kata Datuk Bakri sebelum dengan kasar menghempaskan punggung pada kerusi di hadapan Harraz. Harraz menggeleng beberapa kali. "PA aku banyak lagi kerja nak kena buat" Ujarnya. "Lagipun kami tak sediakan air kepada orang yang tak sepatutnya datang." Sambungnya lagi selamba.

"Woo woo woo janganlah biadab sangat Encik Harraz..." Kata Datuk Bakri disertakan dengan ketawa.

"Siapa yang biadab? Saya atau datuk yang datang ke syarikat sesuka hati dan buat onar?" Mata hitam pekatnya mencerlung tajam ke arah Datuk Bakri.

"Hahahaha tak biadab... cuma nak lawat kawan sahaja. Salah?"

"Kita bukan kawan." Jujur Harraz. Adakah lelaki tua ini berfikir dia sengaja membatalkan kerjasama mereka tanpa sebab? Dia sebenarnya amat terganggu dengan cara bekerja lelaki ini. Suka berfoya-foya membawa banyak perempuan semasa sesi perbincangan, malah cuba memujuknya untuk memberikan apa yang dia mahu dengan menggunakan perempuan penggoda di kelab. Lelaki ini tidak serius dan amanah. Dia sangat bencikan rakan kongsi yang sebegitu.

"Aduhai, Harraz Harraz. Aku tak faham kenapa kau tak suka sangat dengan aku." Kening digaru berkali-kali sambil tersenyum seolah terhibur. "Padahal tinggal beberapa hari sahaja sebelum kita boleh mula bina hotel tu." Ujarnya terselit kemarahan dan kekecewaan.

Enamoured to you Where stories live. Discover now