• chapter 28 •

147 6 1
                                    




"Don't do your assignment last minute again this time. Prof. Aaron is very strict." kawan mat sallehnya, Sierra berpesan. Dhea ketawa kecil sambil mengangguk kepala.

"Noted." Balasnya ringkas sambil membuat tangan berbentuk 'ok'

"Alright. See you soon, Dhea." Kata Sierra sambil melambaikan tangannya. Dhea turut membalas lambaian rakannya itu.

Keluar dari uni, dia berjalan ke sebelah jalan raya untuk mencari teksi. Buat seketika dia berdiri di situ sambil melilaukan matanya mencari keberadaan teksi.

"Oh! Tuu..." Katanya sendirian apabila terlihat satu teksi melimpasi kawasan itu. Tangan didepakan lalu dilambaikan ke atas ke bawah beberapa kali. Teksi terus berhenti tepat di hadapannya. Dhea membuka pintu belakang dan masuk ke dalam perut kereta.

"Where to, miss?" Tanya pemandu teksi lelaki baya  30- an itu.

"Aurora Cafe. You know the way?" Tanya Dhea sekiranya pemandu itu kurang pasti tempatnya . "Yes, miss. No worries. We will be there in 10 minutes." Katanya yakin sebelum menggerakkan kereta. Dhea mengangguk bersama senyuman sebelum mengeluarkan telefonnya di dalam beg sandang.

"I see you got out from that university. You're a student there?" Tanya pemandu itu sambil mengerling ke arahnya dari cermin pandang belakang. "Yup. Just a newbie." Balasnya bersama senyuman kecil.

"I see." Kata pemandu itu sambil mengangguk. "That's one of the good universities. It's not easy for anyone to be accepted there, you must be a smart student." Dhea sekali lagi hanya membalas dengan senyuman. Tak dinafikan dia pun tak sangka dia dapat menuntut ilmu di universiti ternama ini. "Where are you from? You don't look like someone who lives and born here." Tanyanya lagi. Dhea hanya mampu pasrah. Kena dengan driver talkative, kita layankan ajelah

"Yeah I'm not from here. I'm from Malaysia." Mendengar hal itu, pemandu itu terus memalingkan kepalanya ke belakang untuk mengamati wajah Dhea.  "Uu wow. No wonder you're pretty. " Katanya teruja sambil ketawa. "I've met a Malaysian girl before. None of you guys are not beautiful. " Pujinya buatkan Dhea berasa sedikit bangga. Tak sangka orang putih anggap perempuan Malaysia ni cantik- cantik. "Good genes, huh?" Kata pemandu itu lagi sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Sure it is." Kata Dhea bersahaja. Dia mengerling ke arah jam tangannya seketika. Dia datang ke cafe ni pun masih awal. Sempat lagi ni dia pergi call paklong nanti. Nak call maklong takut kena decline pula.

"Okay, miss we have arrived at our destination." Pemandu itu menarik handbrake sebelum memalingkan kepala ke arah Dhea.

Dhea segera membuka dompetnya dan mengeluarkan beberapa keping duit kertas kepada pemandu itu. "Thank you, sir. It's truly a nice ride." Kata Dhea mula menjejakkan kaki ke atas jalan tar. "You're welcome, miss. Hope to see you again." Katanya sebelum menggerakkan kereta. Dhea memerhati pemergian kereta itu dengan senyuman. Tak dinafikan orang mat salleh memang peramah! Mudah sahaja dia membuat kawan di universiti.

Lagi- lagi dengan orang Malaysia. Kata- kata seperti 'omg you're really small! Let's be my friend.' 'I'm really interested to have a small human walking besides me everyday.' 'Hey let me help you with that you seems uncapable to reach it.', sudah sering dia dapati sejak memasuki universiti ini. Jika di bandingkan mereka dengan kita, orang Malaysia semuanya kecil- kecil je. Diorang semua macam lampu jalan beb.

Dalam masa beberapa bulan sahaja, dia sudah mempunyai ramai kenalan di sini. Dhea memasuki Aurora Cafe bersama senyuman. Salah satu pekerja di sana menyedari kehadiran Dhea dan terus menyapanya.

"Hey, Dhea! Isn't it still early?" Tanya lelaki bernama Asher itu sambil menunjuk ke arah jam dinding. "Oh, I just want to get ready early. I wanna make a call." Balas Dhea sebelum bergerak masuk ke dalam pintu yang tertera perkataan 'staff only'.  Dhea berjalan ke arah lockernya lalu membuka kunci. Dia menukar bajunya dengan baju rasmi pekerja cafe di sini dan memakai apron.

Enamoured to you Where stories live. Discover now