• chapter 30 •

131 4 4
                                    




"Okay jom. Kita dah sampai." pakcik Hassan, makcik Siti dan makcik Nisah serentak keluar dari perut kereta. Dhea yang melihat hal itu turut melakukan hal yang sama. Mereka berjalan mendekati pintu rumah agam itu.

"Assalamualaikum."

Ucap makcik Siti sambil mengetuk pintu rumah. Puan Ezra sudah mengingatkan untuk masuk sahaja jika datang ke rumahnya namun, kali ini pintu itu terkunci pula. Mungkin Puan Ezra lupa membuka pintu.

Dhea memerhati perkarangan rumah sambil terangguk- angguk.

"Wahh! Ada kereta baru." Kata Dhea terpandang satu kereta sport berwarna hitam. Cantiknya! pakcik Hassan turut menolehkan kepalanya ke arah pandangan Dhea. "Itu kereta baru Harraz. Tuan Farhan hadiahkan semasa hari lahir dia." Jelas pakcik Hassan. Dhea mengangguk faham. "Maknanya dah ada... dua lah kereta Harraz kan?" Kata Dhea. Di dalam otak masih mengira- ngira. Yeke dua?

"Tiga." Dhea menoleh laju ke arah maklongnya. Tiga? "Satu lagi Harraz beli di Amerika. Jadi senang dia nak pergi ke mana- mana. Dia beli pakai duitnya sendiri." Sambung pakcik Hassan pula. Terlopong mulut Dhea mendengar hal itu. "Mak oi. Tuan Farhan tahu ke pasal tu?" Tanya Dhea shock. "Si Harraz tu beli kereta tu senyap- senyap. Haritu masa Tuan Farhan kebetulan ada outstation di Amerika, dia pergi melawat Harraz. Terkejut tuan nampak Harraz baru balik dari kelas bawa kereta sport tu. Budak tu suka sangat buat apa- apa senyap- senyap." Cerita makcik Siti sambil kepala digeleng. Anak orang kaya memang macam tu makcik. Dia kan hebat.

Tiba- tiba pintu hadapan dibuka. "Eh maaf ya. Saya lupa pula nak buka kunci pintu depan tadi." Kata Puan Ezra membuka luas pintu itu.

Dhea menguntumkan senyum kepada Puan Ezra sebaik sahaja mata mereka berlaga. "Eh! Dhea... Lama tak jumpa dengan anak perempuan sorang ni." Puan Ezra pantas mendakap tubuh Dhea erat. Dhea lalu menyalam tangan Puan Ezra lembut. "Aunty sihat?"

"Sihat alhamdulillah." Balas Puan Ezra.

Puan Ezra yang menyedari mereka yang lain masih tercegat di hadapan pintu terus menegur mereka. "Eh marilah kita masuk. Apa bersembang di depan pintu ni." Mereka semua terus memasuki rumah dan berjalan ke arah meja makan. makcik Nisah dan makcik Siti terus berjalan masuk ke dalam dapur untuk melakukan kerja manakala pakcik Hassan pula sudah mula menyapa Tuan Farhan.

"Dhea dah makan? Mari sarapan dengan aunty." Pelawa Puan Ezra. "Boleh ke aunty? Dhea dah alas perut dah di rumah tadi." Segan  dia apabila dipelawa begitu.

"Eh apa pula. Kita kan family." Kata Puan Ezra lagi. Tuan Farhan yang sedari tadi merenung skrin telefon, akhirnya mematikan telefonnya. Wajah manis Dhea dipandangnya. "Hi Dhea. Dah lama tak dengar khabar. Dhea sihat?" Tanya Tuan Farhan pula. "Sihat, uncle. Alhamdulillah. Uncle dengan aunty sihat ke? Business macam mana?" Tanya Dhea pula.

"Uncle macam ni lah. Sihat je. Business pun so far so good. Kan you?" Tuan Farhan menoleh pula ke arah isterinya. Puan Ezra mengangguk kecil.

"Aunty dengan uncle sihat je kat sini Dhea. Business pun okay sangat. Tiada masalah. Dhea? Belajar kat sana okay?" Puan Ezra menuangkan air teh ke dalam cawan Dhea. Bihun goreng turut diisi ke dalam pinggan gadis itu.

"Okay je aunty. Tapi aunty janganlah kerap sangat kirim duit kat Dhea... Seganlah." Kata Dhea sambil mencebik bibir.

"Eh apa kamu ni nak segan- segan macam tu. Kan aunty dah janji nak tanggung kamu. Aunty mestilah tepati janji." Puan Ezra membela dirinya sendiri. Dhea menggaru kening. "Tapi aunty dhea boleh je buat kerja-"

Telefon Puan Ezra tiba- tiba berdering. "Sekejap ya Dhea. Harraz telefon aunty lah." Dhea menelan air liurnya. Janganlah Puan Ezra bising- bising bagitahu Harraz dia ada kat sini. "Hello? Ye Harraz?" Dhea hanya tersenyum apabila Puan Ezra menoleh ke arahnya. "Eh mama sihat papa pun sihat ni." Secara tiba Puan Ezra membuka loud speaker. "Oh. Mama buat apa tu?" Tanya Harraz dihujung panggilan. "Mama tengah breakfast ni dengan papa." Dhea tersenyum lega. Alhamdulillah namanya tak disebut.

Enamoured to you Where stories live. Discover now