Aku menekan butang 'G' pada butang lif sebelum pintu lif tertutup.Dengan hanya mengenakan baju tidur pajamas berwarna ungu gelap dan berselipar hotel aku akan turun ke lobi untuk menemui Harraz.
Setelah seharian berjalan dengan Harraz di pusat membeli belah, aku sudah tidak mempunyai tenaga untuk mengenakan makeup dan bersiap lagi. Tadi juga Harraz sudah membawaku makan malam dan tidak lupa membelikanku banyak baju dan buah tangan lainnya. Semestinya aku berasa berat hati, namun Harraz ialah Harraz. Kalau dia kata A mestilah aku pun kena ikut A juga.
Pintu lif terbuka. Suasana lobi yang sedikit sunyi dan penyambut tetamu yang merenung kearahku sedikit pun tidak membuatkan aku berasa menyesal berpakaian begini.
Yang aku tahu lepas je jumpa mamat tu aku nak tidur!
Mata memerhati chandelier besar yang digantung pada siling hotel. Sungguh indah! Dengan suasana malam yang sayu dan malap membuatkan lampu chandelier itu menjadi tatapan utama.
"Beautiful chandelier, right?" Sergah Harraz yang kini sudah berdiri tegak di belakangku rapat.
"Ya. Cantik. Bila awak sampai?" Kataku kekok. Tiba-tiba pula aku rasa malu dengan dia ini.
"got here 20 minutes ago, stared at you for 45 seconds, walked towards you for 15 seconds. You count." Aku hanya memandangnya senyap. Dia juga santai berpeluk tubuh sambil menaikkan sebelah keningnya ke arahku.
"Jom." Harraz mula melangkah ke arah pintu keluar belakang setelah beberapa minit kamu hanya mendiamkan diri tadi.
"Pergi mana?" Aku berlari anak mengejar langkahnya.
"Air pancur."
Air pancur? Dekat hotel ni ada air pancur?
Aku mengikuti langkahnya di belakang dengan senyap. Aku ingatkan air pancur itu berada betul-betul di belakang hotel tetapi lama pula aku rasa mahu sampai ke air pancur itu. Melimpasi jalan kecil yang terdapat semak-samun di sekeliling, suasana sunyi dan gelap yang membimbangkan dan juga figura di depanku yang kelihatan seperti pembunuh bersiri buatkan aku sedikit meremang.
Jika yang menjadi aku sekarang ini ialah gadis lain, pasti mereka sudah ketakutan dan berlari untuk pulang ke hotel semula. Lebih baik tidur di bilik daripada mengambil risiko dibunuh oleh lelaki kacak yang sebenarnya gila. Kan?
Mendengar bunyi air pancur memasuki gegendang telingaku laju aku mengangkat kepala dari terus memandang langkah kaki Harraz. Setelah melihat pemandangan di hadapan mataku, aku sedar gadis yang akan pulang ke hotel tadi pasti akan menyesal tidak mengikuti lelaki kacak yang sebenarnya gila ini.
Tempat ni betul-betul cantik!
"Wow!"
"Wow?" Ulang Harraz bersama ketawa halus. Mungkin terhibur melihat reaksi jakunku.
"Cantiknya tempat ni! Macam dalam fantasi. Mana awak tahu tempat ni?" Kataku teruja. Mataku bersinar-sinar melihat air pancur yang tersergam indah itu. Terdapat daun-daun hijau dan bunga-bungaan kecil yang melakar di sekeliling tubuh air pancur itu.
Tanpa sedar kakiku sudahpun melangkah betul-betul berhadapan dengan ia.
"serial killers know many places in order to kill and hide their victims."
Aku menoleh ke arahnya bersama riak tidak suka.
"that's not something you should joke about when you're with a woman in this kind of place, Mr. serial killer."
"Oh yeah?" Harraz memandang kearahku sambil menyengetkan kepalanya. Seram sahaja pandangan yang dia berikan kepada aku saat ini.
Perlakuannya yang tiba-tiba mendekatiku buatkan aku juga laju mengundur kebelakang beberapa langkah. Tiba-tiba sahaja auranya berubah serius.
![](https://img.wattpad.com/cover/353714331-288-k674069.jpg)
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romansadhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...