• chapter 42 •

112 5 3
                                    




Aku memberikan pakcik teksi itu sekeping duit berwarna merah dengan senyuman. Baru sahaja dia ingin mencari duit untuk membayar bakiku, pantas aku mencegah.

"Tak apalah pakcik, simpan sahaja bakinya." Kataku ikhlas.

"Oh terima kasih, nak. Semoga kamu murah rezeki." Ucap pakcik itu bernada ceria. Pasti dia gembira pagi-pagi lagi sudah mendapat rezeki lebih. Alhamdulillah aku tumpang gembira.

Hilang sahaja kereta teksi itu dari pandangan mata, barulah aku mula melangkah memasuki pintu masuk syarikat. Mukaku yang tadi tersenyum juga sudah berubah neutral.

Zarith Adam, lelaki yang ternyata memegang jawatan CTO di syarikat ini dan orang yang pernah aku jumpa itu, kehadirannya buatkan aku sedikit terganggu. Seminggu selepas dia bekerja di sini, entah kenapa walaupun kami tidak bekerja di tingkat yang sama kami sering bertembung. Biarpun kami hanya bertembung di lobi, tetapi masa itu cukup untuk dia bawa aku bersembang dan bergurau senda. Kata-kata seperti 'Cik Dhea dah nak balik?' 'Selamat pagi cik Dhea.' 'Cantiknya cik Dhea harini!' 'Serius je muka dah rancang nak letak jawatan ke tu?' 'Nak saya teman pergi lunch?' diucapkan seakan akrab denganku. Dan semestinya Harraz tidak gemar akan hal itu. Harraz mula sering bertanya aku dari mana? Berjumpa dengan siapa? Makan dengan siapa tadi? Dan menghubungiku apabila sedar aku tiada di mejaku dan pergi membawang di tim marketing. Semua ini kerana Harraz pernah sekali menyaksikan pertembunganku dan mendengar kata-kata mesra yang diucapkan Zarith kepadaku.

Aku sedikit rimas dan marah akan Zarith. Bukannya marah kerana rimas dengan Harraz aku malah tidak berpuas hati dengan Zarith. Mungkin kerana aku sudah tahu Harraz berperilaku sebegitu sejak dulu lagi dan tiada apa yang boleh diubah dengan sikap asalnya itu.

Terbuka sahaja pintu lif, aku menghela nafas berat tatkala melihat wajah Zarith yang berada di dalam lif. Tengok tu.

"Eh? Good morning cik Dhea, hahaha kita selalu berjumpa kan."  Kata lelaki itu riang sambil tangannya melekap pada pintu lif menghalang ia dari tertutup.

"Good morning, Encik Zarith." Jawabku formal. Walaupun geram, lelaki ini sama sahaja tinggi pangkatnya seperti Harraz jadi aku tetap kena hormat dia juga.

"Ni cik Dhea daripada mana? Kenapa ada dekat lobi masa-masa macam ni? Biasanya cik Dhea datang awal kan?" Tanya Zarith bertubi-tubi. Dia melangkah keluar dari lif manakala aku melangkah masuk ke dalam lif. Tangannya masih enggan dia turunkan.

"Ah takde... tadi saya naik teksi tu yang datang lambat sikit. Kereta buat hal." Beritahuku sudah mengangkat tangan ingin menekan butang lif tapi laju sahaja tangannya menekan butang lif dengan pantas. Sempat juga dia mengenyitkan matanya kepadaku. Mamat ni dah kenapa? "Kesian cik Dhea kena naik teksi sebab kereta rosak... kereta cik Dhea rosak sebab apa? Mana tahu saya boleh tolong baiki. Saya mahir." Katanya yakin.

"Tak apa lah saya dah uruskan dah kereta saya, nanti besok boleh siap dah rasanya. Terima kasih." Aku menolak lembut. Naik kereta dengan lelaki ini? Rasanya sangatlah bukan idea yang bernas.

"Oh yeke?"

"Yeye, okelah saya pergi dulu ya Encik Zarith. Selamat bekerja." Kataku sambil tangan menekan laju butang menutup pintu lif. Tertutup sahaja pintu lif, aku menghela nafas lega. Bercakap dengan jejaka itu membuatkan aku berasa sangat sesak nafas. Entahlah tak selesa je. Mungkin sebab dia pekerja baru lelaki yang teramatlah friendly. "Aduh kalau hari ni Harraz balik kerja lambat lagi ada ke teksi masa-masa macam tu eh?" Fikirku sendirian. Nanti tak pasal-pasal kena balik jalan kaki. Nak minta tumpang dengan si Harraz tu? Oh no no no, tak mungkin.

Sambil berjalan keluar dari lif, tanganku menari-nari pada skrin tablet. Tak silap aku, Harraz ada appointment dengan client pagi-pagi. Ke aku salah tengok?

Enamoured to you Where stories live. Discover now