<^>
aku mengeluarkan beberapa buku untuk dibawa ke bilik belajar bagi mengulangkaji . memandangkan aku tiada kerja sekolah hari ini jadi dapatlah aku ulangkaji beberapa topik yang tidak aku fahami . sebelum keluar dari bilik sempat aku capai ikat rambut berwarna hitamku sekiranya aku rimas dengan rambut beruraiku ketika belajar nanti
kaki perlahan lahan mendaki anak tangga ke tingkat atas . aku berjalan dengan lambat melepasi bilik bilik di situ sebelum aku tiba di hadapan bilik belajar itu
nafas ditarik beberapa kali tiba tiba rasa gementar . aku yakin harraz sudah lama berada di dalam . selepas habis makan tadi terus harraz bergerak naik ke tingkat atas untuk memasuki bilik belajar
aku membuka perlahan dedaun pintu itu sebelum aku menolaknya sedikit luas . keadaan di dalam sunyi sepi seperti tiada orang . satu hal yang aku takut dengan harraz ialah dia sangat senyap . apa pun yang dia lakukan hampir 100% tidak mengeluarkan bunyi . berjalan , makan dan membuat kerja rumah . sejak kecil aku sering menangis dek kerana terkejut akan terjahan suaranya yang tiba tiba sahaja muncul dari belakangku . dia berjalan aku tak dengar pun tapak kaki dia
aku berjalan melepasi rak rak buku yang dibina tinggi itu . kelibat harraz cuba aku cari maklumlah perpustakaan ni besar , aku pun tak tahu harraz ni pergi duduk menyorok kat mana
aku berpusing pusing mengelilingi rak buku namun kelibat harraz masih belum aku jumpa . dia ni betul ke masih dekat dalam ni ?
" cari apa "
aku terloncat kecil mendengar suara harraz yang berada betul betul dibelakangku . tengok tu ! suka buat aku terkejut
" harraz duduk kat mana ? dari tadi dhea cari tak jumpa " sambil mengurut urut dadaku aku menanyakannya soalan . aku mengikuti langkah harraz yang mula berlalu pergi tanpa menjawab soalanku itu . suka bluetick orang !
sampai di salah satu meja aku melihat terdapat buku buku serta komputer riba harraz di atasnya . oh dia duduk sini ke kenapa aku macam tak nampak eh barang ni tadi ? harraz melabuhkan duduk pada kerusi dan menyambung membuat kerjanya dengan senyap . aku duduk sedikit jauh dengannya dan terus menutup mulut . tugasku cuma pastikan dia tak belajar sampai lewat malam sahaja bukan bawa dia bersembang jadi baik aku diam dan ulangkaji pelajaran sahaja
aku membuka buku teks matematikku dan buku kerja . haih macam mana aku nak selesaikan soalan ni kalau formula pun aku tak hafal . ya aku sedar aku lemah dalam subjek matematik sebab aku tak ada basic . jawab soalan aku main bedal je ikut suka aku nak hafal formula pun aku malas ni kan pula nak buat latihan setiap hari . lagilah jauh
aku senyum sendiri apabila aku dapat menyelesaikan beberapa soalan tanpa melihat jawapan di belakang . itulah tabiat buruk aku tak dapat jawab je terus tengok jawapan lepastu menyesal masa exam sebab tak tahu nak buat macam mana . aku perasan harraz beberapa kali menjeling ke arahku . mungkin dia rasa aku dah gila kot masa ulangkaji senyum senyum sendiri . aku hiraukan sahaja pandangannya yang penting aku bahagia dan aku tak kacau dia . kan ?
namun, senyumanku tidak berkekalan lama apabila soalan yang seterusnya aku buntu tidak tahu bagaimana mahu jawab . haih cepatnya otak aku berhenti berfungsi . aku mengetuk ngetuk kepalaku dengan pensel mana tahu otak aku boleh berfungsi semula
aku putus asa . sudah berulang kali aku kalih kepalaku ke arah buku teks dan buku kerjaku tetapi satu cara pun aku tak jumpa untuk menyelesaikan soalan ini . aku toleh pula ke arah harraz yang sibuk membaca buku tentang sejarah . riak mukanya tenang sahaja membaca buku sejarah itu seperti sedang membaca buku novel . ada eh orang macam gini ? aku teragak agak sama ada mahu meminta tolong dia untuk menyelesaikan soalan ini atau tidak . ganggu dia ke ya ?
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romantiekdhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...