• chapter 49 •

41 3 1
                                    



Harraz diam-diam memerhati Dhea yang senyap menjamu makanan disebelahnya tanpa mengeluarkan sepatah kata. Sejak kebelakangan ini dia sedar bahawa Dhea seolah bersikap dingin dengannya. Dia memang gemar meneliti tiap riak yang dilakukan Dhea oleh sebab itu sememangnya mudah untuk dia menangkap sebarang perubahan reaksi dan layanan Dhea terhadapnya.

"Jadi Encik Harraz agak agak bila kita boleh proceed this project?" Dhea yang pelik tidak mendengar balasan daripada Harraz mengangkat kepala untuk melihat he arah Harraz. Terkedu dia melihat Harraz yang terang terangan merenungnya di hadapan client. Dia ni siuman ke tidak? Dhea memberi signal kepada Harraz agar fokus terhadap client di hadapannya.

Harraz menoleh kembali ke arah dato di hadapannya sambil tersenyum santai. "Soon datuk, I will prepare my financial statements first." Nyata Harraz.

"Good then, okay if you excuse me. Saya nak pergi keluar makan dengan isteri saya." Datuk itu bangun daripada duduk diikuti Harraz dan juga Dhea yang masih penuh mulut dengan chicken chop. Mereka berjabat tangan sebelum datuk bergegas pergi daripada restoran 5 bintang tersebut.

Kini tinggallah mereka berdua. Harraz terus terusan merenung Dhea dengan tajam manakala Dhea lebih memilih untuk buat bodoh dan menghabiskan chicken chopnya sahaja. Cepat habis makan cepatlah balik. Dia juga tidak faham mengapa Harraz berkeras untuk memesan chicken chop ini untuknya sedangkan dia tiada pesan pun. Timbul pula perasaan segan apabila Harraz dan datuk itu sibuk berbincang tanpa makan manakala dia yang sebenarnya orang bawahan ini disuruh pula makan dengan senyap tanpa menyampuk sedikit pun. 'tak perlu catat apa apa. Kau makan je dekat sebelah aku.' Pesan Harraz tadi. Pelik betul. Sekarang ini pun lelaki itu menyambung merenungnya seperti burung helang tanpa mengatakan apa pun. Tak cukup lagi ke dia tenung aku dekat depan datuk tadi? Tak takut masuk gosip Malaysia betul dia ni!
Kutuk Dhea habisan di dalam hati.

"Sedap?" Soal Harraz dn Dhea sedar Harraz menggeserkan punggungnya agar kedudukan mereka lebih rapat. Dhea bergerak sedikit ke kiri untuk mencipta jarak di antara mereka. Kepala dianggukkan sebelum menyambung suapan yang terakhir.

"Jomlah balik Encik Harraz. Tak lama lagi waktu lunch akan tamat." Katanya tidak sanggup berduaan dengan Harraz di sini lagi. Sekurang kurangnya di pejabat dia boleh mengelak daripada Harraz dengan alasan mahu melakukan kerja.

"Kejap...Mulut kau ada sesuatu." Harraz pantas mengambil satu tisu dan dibawa ke mulutku namun laju aku menyambar tisu di tangannya lalu mengelap mulutku sendiri. "Takpe saya boleh buat sendiri." Aku cuba menghiraukan riak dingin yang dia tayangkan pada aku saat ini.

Tanpa amaran, Harraz menggunakan ibu jarinya untuk membersihkan pipi kananku yang mana buatkan aku sedikit tersentak dan cuba menjauhkan jarak kami tetapi tidak berjaya apabila Harraz lebih pantas memegang rahangku untuk menghentikan sebarang pergerakan yang aku hasilkan. "Bukan di situ. Kau tak nampak Dhea,sebabtu biar aku yang buat." Entah kenapa terasa berdebar pula jantung aku apabila mendengar dia menyebut namaku. Ini bukan sesuatu yang amat jarang didengar malah aku biasa mendengar Harraz memanggil namaku. Tetapi entah kenapa kali ini aku rasa... sesuatu.

Cuba menepis sebarang perasaan yang mampu menjatuhkan bentengku, aku dengan laju bangkit dari tempat duduk dan menjauhkan jarak kami. "Mari,nanti lambat." Kataku sebelum berjalan keluar daripada restoran. Ahh tak boleh! Aku kena buang perasaan suka aku ni pada dia. Ingat! Kami terlalu berbeza.

Di dalam kereta keadaan di antara kami amat senyap. Memang biasanya begitu. Aku sudah biasa menerima silent treatment daripada Harraz sebab aku tahu dia memang tak banyak cakap. Tapi kebelakangan ini, apabila tidak berbual aku rasa keadaan amat tegang. Muncul perasaan tidak selesa apatah lagi bila aku sedar Harraz acap kali mencuri pandang ke arahku. Eh maksudku memandang ke arah aku secara terang terangan. Mamat ni mana ada malu!

Enamoured to you Where stories live. Discover now