• Chapter 46 •

192 8 1
                                    






"Kau sibuk hari ni?"

Tanya Harraz tiba-tiba. Dhea diam seketika memikirkan jadualnya. Selain daripada waktu bekerja, dia tidak berniat pergi ke mana-mana pula hari ni.

"Rasanya tak Encik Harraz... kenapa?" Harraz mahu membawanya dating lagi ke? Tak nakk...

"Bermalam rumah mama malam ni?" Pinta Harraz serius. Sebenarnya dia juga kurang pasti itu satu soalan atau suruhan.

"Encik Harraz tanya saya ke?"

"Tak. Aku tanya bakal isteri aku."

"Hah?"

"Aku tanya ni boleh bermalam rumah mama malam ni ke tidak, sayang?" Tanya Harraz meleret dan sedikit malas. Mungkin tertekan dengan pertanyaan kurang cerdiknya.
"Oh, boleh. Tapi untuk apa? Datin Ezra sakit ke?" Tanya Dhea khawatir. Sudah lama juga dia tidak berjumpa Datin Ezra. Terakhir kali dia berjumpa Datin Ezra pun semasa Harraz menyuruhnya menghantar satu fail penting ke sana. Maklumlah, dikeranakan dia takut bertembung dengan maklongnya, dia jadi sering mengelak untuk datang ke sana lagi.

"Mama rindukan kau. Dia nak kau bermalam di sana untuk luangkan masa dengan dia." Jelas Harraz berharap Dhea akan bersetuju untuk bermalam selepas mendengar alasannya.

"Tapi saya takut-"

"Kebetulan tiga hari ni pakcik Hassan dan makcik Nisah tiada di rumah... mereka ambil cuti. Jadi kau tak boleh beri alasan segan kerana takut berjumpa mereka ada di sana." Harraz memotong ayat Dhea laju. Faham apa yang ditakutkan gadis itu sebenarnya.

"Oh yeke..." Dhea masih berbelah bagi.

"Jadi makcik Siti sorang jelah uruskan rumah tu?" Harraz mengangguk perlahan.

"Ada bagusnya kalau kau datang ke rumah... boleh tolong makcik Siti apa yang patut. Dia dah tua, tak larat buat semua kerja lagi." Kata Harraz cuba membeli jiwa Dhea yang sememangnya cepat kasihankan orang. Melihat riak wajah Dhea yang jelas termakan pujukannya, Harraz dalam diam menyimpan senyum. "Kenapa ambil cuti sampai tiga hari? Tak sihat ke?" Tanya Dhea. Risau juga jika ada apa-apa berlaku kepada pasangan itu. Maklumlah khabar mereka pun tak diketahuinya dikeranakan takut akan dimarahi oleh makcik Nisah.

"Tak pasti... mungkin mama sengaja bagi cuti, diorang kan tak pernah ambil cuti. Jelas Harraz juga kurang pasti kenapa pasangan itu bercuti.

Dhea menganggukkan kepalanya. Kalau di rumah ada Datin Ezra dan makcik Siti juga, tak perlulah dia risau sangat. Lagipun dia memang dah lama tak berborak dengan Datin Ezra. Khabar makcik Siti juga sudah lama tak diketahuinya. Dia mencuri pandang ke arah Harraz yang ternyata sedang memandangnya menunggu jawapan yang akan diberikan. "Awak pun ada sekali di sana ke?" Tanyanya was-was. Mengingat memori semasa mereka serumah di masa remaja dulu, semestinya dia tidak mahu melalui fasa itu lagi. Menakutkan.

"Tak." Balasnya laju.

Dhea mengucap syukur mendengar jawapan Harraz. Bolehlah dia bergerak dengan selesa jika lelaki itu tidak berada di sana. Lagipun buat apa tinggal di sana kan? Dah ada rumah sendiri duduk rumah sendirilah.

"Okey kalau macam tu... malam ni saya datang rumah." Putus Dhea buatkan Harraz mengangguk gembira.

"Aku benarkan kau balik awal hari ni... kemas apa yang patut." Putus Harraz sambil menyatukan kedua tangan di atas meja. "Nak aku hantarkan kau ke sana?" Tanya Harraz. Dia langsung tidak keberatan.

Enamoured to you Where stories live. Discover now