"Saya sukalah tengok heels heels yang cik Dhea pakai, semua cantik-cantik. Mesti semuanya mahal kan?" Tegur salah satu pekerja yang bekerja di dalam grup makerting department. Entah sejak bila, sedar-sedar dia sudah sering melepak di sini apabila dia rasa Harraz tidak memerlukannya. Lebih kepada melarikan diri sebenarnya."Tak adalah, tak semuanya mahal... ada yang saya beli online, ada juga yang beli kedai-kedai murah je." Dhea menidakkan. "Tips dia gais..." kata Dhea mula mendepankan kepalanya. Pekerja perempuan yang ada di situ juga turut mendekatkan telinga mereka. "Tak payah mahal, asal cantik kita beli je." Kata Dhea lalu mengekek ketawa bersama mereka yang lain. "Tapi tak boleh tipu, heels mahal lagi best pakai lah sebab feeling dia lain beb. Lepastu rasanya lagi tahan lama juga." Komennya kembali mencebik bibir sambil mengangguk. "Ya, tapi betul juga... kalau nak tunggu beli yang mahal je, sikitlah koleksi kasut jawabnya." Kata salah seorang perempuan di situ. "Haah lepastu, kalau pakai kasut mahal ni, kita jadi careful sikit nak buat apa-apa sebab takut rosak kan? Jadi kalau saya, lagi suka pakai heels biasa je jadi tak kesah pun apa nak jadi dengan dia." Dhea mengangkat kedua tangannya separas bahu.
"Setuju dengan cik Dhea! " Kata mereka mendatangkan riak gembira dari wajah Dhea.
"Okeylah gais, saya nak pergi naik atas balik. Masa-masa sekarang ni bos dah nak sampai office dah ni." Kata Dhea meminta diri. Kaki sudah mula melangkah ke arah lif. "Okey sis, nanti jumpa lagi yaa!" Kata mereka riang. Dhea mengangguk kepala sebelum meluluskan diri ke dalam kotak lif. Tanpa sedar sahaja bibirnya menguntumkan senyum apabila mengenang cerita-cerita lucu pekerja di grup itu. Pada mulanya mereka sering menegurnya ketika waktu makan tengah hari, tetapi seiring berjalannya waktu mereka mula membawanya berborak, makan bersama di department mereka, bahkan mengumpat tentang bos garang di tingkat atas itu.
Ting !
Pintu lif terbuka. Dhea bergerak keluar dari lif dan berjalan ke arah pantry untuk menyiapkan air untuk bosnya. Pagi-pagi begini memang inilah rutinnya. Membuat air untuk bos, menyampaikan jadual, mendengar leteran kadangkala ayat manis bos, kemudian berlari ke tingkat bawah untuk mengumpat lagi. Yang part mengumpat tu seronok.
Dari pantry, Dhea sudah dapat dengar suara pintu tertutup. Nampaknya Harraz sudah sampai ke office. Tanpa melengahkan masa, kaki terus melangkah memasuki bilik pejabat Harraz. Letak sahaja mug di atas meja, Harraz bersuara.
"Dah jumpa dah CTO dan ahli marketing baru?" Tanya Harraz memandang ke arah Dhea.
"Dah. Hr managers kita dah buat temuduga kelmarin, dan dah jumpa dah CTO baru dan ahli dalam marketing department kita. Ini butiran maklumat berkaitan mereka." Dhea serahkan dua buah fail di hadapan meja Harraz. Harraz menarik perlahan fail itu kemudian membeleknya malas. Dhea juga hanya memerhati tanpa minat. Sejujurnya dia pun tak buka lagi fail tu, dia tak kenal pun siapa orang-orang tu. Kalau setakat ahli marketing tu tak ada masalah, dia memang akan selalu lepak sana dan berjumpa pekerja baru tu pun. Yang CTO tu sahaja yang perlu dia baca nanti maklumatnya.
Chief Technology Officer ya? Rasanya mesti Hr manager tu ambil seorang lelaki muda yang mahir dalam teknologi dan trend semasa. Biasanya begitulah.
"Bila diorang masuk?" Tanya Harraz menyentakkan lamunan Dhea.
"Katanya besok, hari ini baru nak tunjuk Encik Harraz maklumat dua orang ni. Jadi kalau Encik Harraz ada masalah boleh bubar semula pemilihan ini." Jelas Dhea. Dia sedikit risau melihat riak wajah berkerut Harraz.
"Kalau temuduga ni dibuat kelmarin kenapa tak pilih dan tunjuk pada aku kelmarin juga? Buang masa." Komen Harraz pedas. Dhea sudah dapat agak Harraz akan berkata begitu.
"Saya pun kurang pasti Encik Harraz, memang sepatutnya pemilihan sudah dibuat kelmarin dan diserahkan kepada Encik Harraz pada hari yang sama juga. Mungkin mereka rasa susah nak buat pemilihan. Saingan sengit." Kata Dhea cuba untuk membela HR managers. Semua orang pun kerja keras juga. Harraz diam tidak membalas. Mungkin terpujuk dengan kata-kata Dhea.
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...