Aku yang sedang memasang anting-anting pada telingaku dikejutkan dengan deringan telefonku di atas meja solek. Tangan segera menyambut panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil."Hello?"
"Dhea" Aku berkerut kening sebelum melihat nama si pemanggil pada skrin telefon. Harraz? Ada apa dia telefon pada waktu begini?
"Kenapa Harraz?" Tanyaku. Memandangkan ini sudah melepasi waktu kerja, tak perlulah aku memanggilnya encik encik lagi.
"Let's meet. Aku ada benda penting yang perlu dibincangkan." Terangnya bernada datar.
Aku disitu sudah menggaru kepala. Memang masa-masa aku nak keluar ni lah baru dia nak jumpa lah apa lah. "Pasal kerja ke?"
"Lebih kurang..." Lebih kurang? Dia nak mengorat aku lagi ke ni? Buang masa aku jelah.
"Sorry awak, tapi kebetulan saya ada plan malam ni jadi tak dapat nak jumpa... kalau tak berapa penting kita jumpa besok je boleh tak?" Aku memberi alasan. Kalau dia tidak mengiyakan soalan tadi biasanya dia cuma nak buang masa aku dengan memberikan ayat mendebarkan hati dan mengajak aku berkahwin sahaja. Jadi baik aku tunda dulu.
"Plan apa? Aku boleh tunggu." Dia berkeras. Aku sudah bercekak pinggang geram.
"Lebih baik jangan, sebab saya rasa saya lama ni... nanti awak tertunggu-tunggu pula. Khairil nak melamar Disha malam ni. It is a special night." Aku memberitahu perkara sebenar agar lelaki ini faham. Selain sengaja mengelat, aku juga betul-betul perlu hadir dalam lamaran mengejut Khairil pada malam ini. Berlaku sekali seumur hidup nii...
"Dekat mana?" Semudah itu dia menghiraukan penerangan aku tadi.
"Acapella Restaurant"
"Aku hantar kau ke sana... kebetulan aku pun belum makan."
"Hah? Eh! Saya takut-"
Tutt.... Tutt... Tutt...
Aku melopong sendirian sambil mengelipkan mata beberapa kali. Tanpa minta persetujuan aku? Dia tutup telefon macam tu je? Kenapalah ringan sangat mulut aku ni bagitahu dia semua benda. Arghh menyesal!
Aku memasukkan kunci kereta dan telefonku ke dalam beg laju sebelum berjalan ke hadapan pintu rumah untuk memakai kasut tumit tinggi 2 inciku. Mulut terkumat-kamit menyumpah, menghina, memarahi, mencarut lelaki yang juga merupakan jiran sebelah rumahku itu. Aku mengunci pintu rumah kemudian bergerak masuk ke dalam kotak lif. Aku nak cepat-cepat turun ke bawah. Jika tidak terserempak dengan Harraz aku akan berkeras pergi ke restoran menaiki keretaku sendiri. Nanti cakap je dengan mamat tu 'maaf saya nak cepat tadi' padahal aku dah berdesup nak sampai ke kereta sekarang.
Malangnya nasib aku apabila keluar sahaja daripada lif, Harraz sudahpun menungguku di dalam kereta package menghonkan keretanya untuk menarik perhatianku datang ke tempatnya. Dalam keterpaksaan dan terkejut, aku berjalan ke arahnya bersama senyuman terpaksa. Tak guna! Rupanya masa dia telefon aku lagi dia sudah siap dan berkemungkinan besar sudah berada di dalam kereta pada saat itu."Cepatnya awak siap." Sapaku sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
"Aku memang dah ada dalam kereta masa call kau tadi... aku tak berniat pun untuk terima penolakan kau pada mulanya." Kan dah cakap. Apa yang dia nak beritahu sampai dia berkeras sangat malam ni?
"Kau ada rancangan penting macam mana pun malam ni, aku tetap nak jumpa kau juga." Katanya bersahaja sebelum menjalankan kereta.
"Ada hal penting apa awak nak beritahu saya?" Tanyaku ingin tahu. Pelik juga dia nak sangat jumpa aku malam ni. Tapi dia memang suka memaksa orangnya.
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...