aku mengerling jam yang tergantung pada dinding bilik belajar itu . jam sudah menunjukkan pukul 12:47 tengah malam dan harraz masih lagi tidak menunjukkan tanda tanda ingin menutup komputer riba yang berada di hadapannya pada saat itudia amat fokus mengetik ngetik pada papan kekunci itu sehingga aku tenung dia daripada tadi pun dia tak perasan
" kenapa kau tenung aku macam tu ? " atau mungkin tidak .
" ek mana ada dhea tenung harraz " nafiku walhal kami berdua tahu memang aku tenung dia bagai nak tembus 10 minit tadi . mendengar jawapanku harraz hanya tersenyum senget tanpa membalas lagi . harraz adalah harraz dia tak suka bertekak . cukup dia tahu dia benar itu sudah cukup tak perlu lagi dia nak jelaskan panjang lebar tentang fakta sesuatu perkara itu . ' bukan masalah aku kalau dia bodoh ' itulah kata kata yang pernah diucapkan harraz sebelum ini kepadaku . dia cakap dengan aku ya bukan tertuju kepada aku . take note !
berbeza denganku , aku jarang sekali diam . kalau aku tahu orang tu salah aku akan cuba tegur dia dan terangkan apa kesalahan yang dia buat . bila hati individu tu dah keras sangat tak boleh terima teguran barulah aku diam mengalah
" harraz "
" hmm "
" sekarang dah pukul 12:48 malam lah " beritahuku berharap dia faham dengan maksudku " jadi ? " herm dia tak faham
" dah lewat . sekarang sudah masa untuk tidur " beritahuku lagi . ni dah betul betul straight dah aku cakap ni . marilah kita pulang ke bilik masing masing
" jadi kau nak aku dukung kau bawa masuk dalam bilik ? kau boleh balik bilik dan tidur kalau kau nak tiada sesiapa akan halang kau " aku mengetap bibir geram mendengar jawapan sinis dan pedas dari harraz . kalau bukan sebab mama you yang suruh , takde masa lah I nak urus hidup you
" dah lewat lah sekarang harraz . besok harraz sambunglah buat kerja tu semula " pujukku lagi . aku sudah mula bangun dari kerusi dan berjalan mendekatinya . kalau kau degil sangat aku hempas jelah laptop kau tu ish
matanya mencerlung tajam ke arahku . aku menelan air liurku payah apabila perasaan gerun mulai muncul dalam hatiku . habis hilang segala niat jahatku ingin membaling laptopnya tadi
" aku tidur awal atau tidak tak akan jejaskan kau pun . kenapa kau perlu peduli tentang aku ? " tanyanya kasar dengan renungan mata tajam ke arahku
" kan kita belajar sama sama jadi berhenti belajar pun sama sama lah " aku memberi alasan dengan riak muka tidak bersalah . betul lah kan apa aku cakap ? " dan aku belum mahu berhenti " jawabnya lagi
" kau yang nak ikut aku ke sini jadi sepatutnya kau yang kena tunggu waktu aku selesai belajar . betul tak dhea ? " kini tumpuannya kembali terarah kepada komputer riba tersebut . tangannya lincah menaip pada papan kekunci itu . aku pula yang geram sendiri bercakap dengan dia ni . memang kalau bertekak dengan dia ni takkan pernah menang !
dengan orang lain elok aje dia diam mengalah tapi kalau dengan aku segala sisi jahat dia tu semua keluar . kurang asam betul !
aku merengus kecil lalu melabuhkan duduk pada kerusi di sebelahnya " kalau harraz taknak berhenti , dhea tidur di sini sahaja lah " nekadku . aku letakkan kepala di atas meja lalu menutup mataku secara paksa . kalau dia degil aku pun boleh degil
" well goodnight then " dalam mata yang tertutup aku kerutkan keningku . macam tu je ? okay fine . kau ingat aku nak mengalah ? no way . eh kalau bukan sebab ini tugas aku , aku pun tak hingin lah paksa paksa dia . apa yang susah sangat tutup laptop simpan dalam beg lepastu tutup lampu bilik ni dan balik semula ke bilik tidur ? benda tu boleh sambung esok kan ?
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...