"No way." Gumamnya sambil menggeleng kepala."Harraz?" Panggil Dhea tidak percaya
"Ya, Dhea?" Sahut Harraz pula bersama senyuman manis. Lengan baju yang disingsing sehingga paras lengan dikemaskannya dengan tenang.
Dhea berjalan ke arah lelaki itu sebelum menjengukkan kepalanya sekali lagi ke dalam rumah jirannya. Lengan kemeja Harraz ditariknya agar lelaki itu tidak berdiri di rumah jirannya.
"Buat apa kat sini? Kenapa masuk rumah orang sesuka hati?" Tanya Dhea bertalu-talu.
Harraz hanya memerhati Dhea dengan senyap sedikit pun tidak menunjukkan tanda mahu menjawab soalan gadis itu.
"Mana Harraz tahu Dhea tinggal sini? Kalau ye pun nak lawat Dhea tengok nombor rumah betul-betul dulu boleh tak. Tengok dah salah rumah." Bebelnya geram sambil bercekak pinggang menghadap Harraz.
"Apa maksud kau ni? This is my new home. Aku tak tahu pun kau tinggal sini." Katanya separuh benar separuh palsu.
"Jangan tipulah! Harraz ingat Dhea nak percaya ke yang kononnya Harraz tanpa sengaja terbeli rumah dekat sebelah rumah Dhea. That doesn't makes sense. Rumah macam ni bukan test Harraz pun." Jawab Dhea tidak berpuas hati.
"Jadi aku suka rumah yang macam mana?" Tanya Harraz mendekatkan mukanya dengan Dhea. Dhea segera berpaling.
"Ta-tak tahu. Harraz tahu mana hah Dhea pindah rumah? Dhea tak pernah bagitahu sesiapa pun." Dia bergumam di akhir kata.
"Maklong kau selalu cerita kegembiraan dia sejak kau tiada di rumah." Beritahu Harraz buatkan Dhea terkedu. Perasaan sedihnya kembali menerjah hati. Dia tahu berita dia berpindah merupakan sesuatu yang menggembirakan maklongnya, malah dia tahu maklongnya akan sentiasa mengingatkan semua orang tentang kegembiraan itu.
Tetapi dia masih boleh rasa sakitnya.
Ini lebih menyakitkan daripada putus cinta.
"Oh yeke." Jawabnya bersama senyuman tawar.
"Yes. So what? Kau pun perlu mengaku kau lebih selesa sekarang kan." Agak Harraz.
Dhea mengangkat kepalanya memandang ke arah Harraz.
"Tiada siapa boleh sakitkan hati kau lagi. It's just you and me."
"It's just me and myself." Dhea membetulkan ayat Harraz. Entah pape je!
"You don't know about future."
"I know about my will and feelings towards you." Dhea membalas lagi. Lelaki ini fikir aku akan terima dia sebab aku sudah tiada sesiapa lagi ke? Aku boleh hidup seorang diri sehingga 30 tahun kehadapan lagi lah.
"Okay." Pasrahnya.
Dhea mengangguk puas mendengar balasan redha Harraz. Keadaan di antara mereka senyap seketika. Seorang dengan perasaan puas, seorangnya lagi dengan perasaan berbunga dapat tinggal dekat dengan buah hatinya.
"Nak lepak di rumah aku?"
"Tak nak!"
Dhea berlari ke arah pintu rumahnya. Kod laluan ditekan laju sebelum meloloskan badannya ke dalam rumah. Sempat juga dia berpaling untuk memberi amaran kepada Harraz.
"Pastikan awak berada sekurang-kurangnya 1m dari rumah saya. You're not my neighbour. Saya kol polis nanti." Pesannya sebelum menghempas pintu rumah dengan kuat.
"So? I paid off this house." Katanya sendirian sebelum turut memasuki rumahnya.
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...