" banyak juga barang nak kena beli ni " kataku sambil melihat senarai barang yang mahu dibeli yang panjang lebar itu . nak dekat sama saiz kasut aku tulisannya yang kecil kecil lagi kuat membuktikan bahawa list ni memang banyak" yelah kamu lupa ke dah berapa lama kita tak pergi beli barang dapur . mestilah semuanya sudah habis sekarang ni sos cili, bawang, kicap manis, bahan mentah semua tu dah habis " balas makcik siti
" ya tak ya juga ek " balasku lagak seperti makcik makcik bawang
" ni boleh ke kamu pergi beli sendiri ? makcik bukan apa makcik lupa nak bersihkan bilik library di atas tu . puan dah pesan dah pagi tadi suruh kemas tapi makcik terlupa pula itu yang makcik tak boleh teman kamu . kalau tak beli sekarang dah tiada bahan dah untuk masak makan malam nanti punya " aku hanya mengangakan mulut mendengar celoteh makcik siti . pergh cakap macam eminem nasib baik otak dan telinga aku ni laju tangkap apa makcik siti ni cakap
" lajunya makcik siti bercakap . tak apa lah makcik dhea boleh pergi sendiri makcik pergilah bersihkan bilik library serahkan tugas ni kepada dhea je " kataku lalu berdiri tegak lagak seperti askar
" tak bahaya ke dhea ? kamu nak naik apa pergi sana ? "
" tak ada apa apa lah makcik . lagipun tadi macam paklong masih ada di luar jadi bolehlah minta tump- "
" kau boleh naik aku "
sampuk harraz secara tiba tiba . aku dan makcik siti serentak menoleh ke arah harraz . santai sahaja riak wajah harraz sambil menyarungkan jam tangan pada tangan kirinya . entah dari bila dia berdiri dan curi dengar perbualan kami pun aku tak tahu
sejak bila dia ni baik hati macam ni nak tumpang tumpangkan orang ?
" eh betul ke harraz ? haa lagi bagus macam tu lagipun makcik ni risau kalau dhea keluar beli barang sendiri dia ni kan anak dara , nanti takut pula ada lelaki lelaki miamg pergi kacau dia " ceria sahaja air muka makcik siti apabila harraz menawarkan diri untuk menumpangkanku . harraz tersenyum kecil ke arah makcik siti lalu menjeling ke arahku
" itulah tu "
kata harraz seperti benar benar setuju dengan kata kata makcik siti
" eh tapi tak apa lah kot . takut ganggu harraz pula jadi rasanya dhea pergi sendiri pun boleh " kataku sudah mula berura ura ingin pergi
" tak ganggu . kebetulan aku pun nak keluar "
terhenti langkahku mendengar balasan daripada harraz . hak alamak mamat ni ini bukan ikhlas nak tolong dah ni ini namanya memaksa dah ni
" alah kamu ikut sajalah harraz tu . lebih selamat , makcik pun setuju sangat kamu ikut harraz " makcik siti menolak nolak badanku mendekati harraz . lebih selamat ? rasanya lebih berbahaya lah makcik . aku mendongak melihat ke arah harraz dengan renungan tajam . sah dia ada muslihat lain nak tumpangkan aku . aku tak percaya dia ni baik
" haa harraz bawa kereta baik baik ya . pergi cepat nanti kamu terlambat pula "
harraz mengangguk kecil sebelum berlalu ke luar rumah
" bye makcik " ucapku lalu mula berlari mengejar harraz . tapi takpe kalau kena tinggal pun lagi bagus . tutup sahaja pintu rumah aku mendapati harraz sudahpun menunggu di dalam kereta aku pun segera berlari anak memasuki perut kereta di sebelah tempat duduk pemandu . harraz mula menggerakkan keretanya meninggalkan perkarangan rumah manakala aku hanya diam membisu di sebelahnya
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...