• chapter 17 •

145 6 2
                                    






secara tiba senyuman di bibirku hilang. tangan naik menekup mulut. mata usah dikata, terbelik bagaikan hampir terkeluar

apa benda yang aku dah nampak ni ?

sepucuk pistol berwarna hitam gelap itu aku angkat sebelum memusing musingkannya cuba memastikan sama ada ini pistol sebenar atau bukan

" tak mungkin " aku menggeleng - gelengkan kepalaku. memang sah! ini pistol sebenar

krekk...

aku segera menoleh ke arah pintu. aku memandang ke arah harraz di pintu dengan penuh rasa takut.

" harraz " panggilku perlahan. dia berjalan selangkah ke arahku

" kenapa kau sentuh barang aku, dhea arabella? " tanya harraz berang matanya mencerlung tajam ke arahku

" mana harraz dapat pistol ni? " tanyaku menunjukkan pistol itu kepadanya. dia tidak menjawab sebaliknya dia mula mendekatiku membuatkan aku refleks memgacukan pistol itu kepadanya

" jangan dekati dhea " larangku kepadanya membuatkan dia berhenti melangkah

" kau takkan berani tembak aku. aku pasti. " kata harraz yakin bersama senyum senget. dia sekali lagi menghampiri tubuhku yang menggeletar

" harraz ! " jeritku namun diendahkan oleh harraz. tangannya memegang tanganku yang mengacu pistol kearahnya lalu pistol itu didekatkan pada dada bidangnya

" shoot me. I dare you " cabar harraz kepadaku. matanya galak merenung ke dalam anak mataku. hal itu membuatkan aku terkaku dan terkejut. mana mungkin aku akan menembaknya lagi lagi di dalam rumahnya sendiri. aku tahu risikonya

jarinya menarik jariku agar terletak pada picu pistol. aku menggeleng - gelengkan kepalaku tanda tidak mahu. secara tiba dia menolak jariku membuatkan picu ditarik

ctakk

aku menutup mata serapat rapatnya. jantungku berdegup hebat pada saat ini.

beberapa saat aku mulai berasa pelik. tiada bunyi tembakan yang terhasil begitu juga bunyi seseorang rebah. dengan perlahan aku membuka mataku. setitik air mataku jatuh dek kerana begitu takut

wajah harraz menghiasi pemandanganku. dia tersenyum lebar

" kenapa kau takut sangat ni? " tanya harraz mengelap air mataku lembut " bukan kau ke yang nak tembak aku sangat tadi? "

aku menjelingnya tajam. kenapa dia tenang sangat dalam keadaan kami sekarang ni?

aku menolak badannya menjauhiku. kini pistol itu bertukar tangan

" harraz ni dah kenapa? tahu tak bahaya apa yang harraz buat tadi tu? " marahku kepadanya bersama mata yang masih berkaca kaca.

" ini pistol aku, dhea. tahulah aku di dalamnya ada peluru atau tidak "

" kenapa harraz ada pistol? " tanyaku sambil memerhati gerak geri harraz yang menyimpan semula pistol itu ke dalam kotak tadi "apa tu black tiger group? " tanyaku membuatkan kerja harraz terhenti. dia menoleh ke arahku sebelum menarik pergelangan tanganku mendekatinya

Enamoured to you Where stories live. Discover now