• chapter 21 •

143 6 1
                                    




" yeayy! spm habissss! " sorak disha berlari mengelilingi dhea. dhea hanya tersenyum melihat karenah disha. dia pun gembira juga spm habis tapi dia tidak segila dan setidak malu seperti kawannya itu

" eh dhea kau tak seronok ke spm habis? " tanya disha pelik dengan perangai dhea yang santai sahaja itu

" seronok tapi melompat dalam hati je. tak macam kau. tak tahu malu! " kutuk dhea membuatkan disha menjelingnya manja

" ish kau ni tak fun lah. cubalah ikut aku lompat lompat sikit " ajak disha sudah mula menarik narik tangan dhea. dhea yang tidak tahan dengan godaan itu mula berlari berpusing satu dataran besar sekolah itu

" arghhhh! we are freee ! " jerit dhea diikuti gelak ketawa disha

" haa sudah lah tu. time time sekarang ni cikgu disiplin lalu sini tau. dia parking kereta dia dekat sana tu je " beritahu dhea yang sudah lali dengan rutin pulang cikgu disiplin di sekolahnya itu

" okay okay jom balik " ajak disha. mereka mula berjalan ke arah pagar sekolah

" so kau rancang nak buat apa lepas spm ni. kita mana ada sekolah lagi kan sementara tunggu result " tanya disha. tangannya memintal mintal tali beg berwarna biru muda dhea

" apa lagi, cari duit lah nyah. kan matlamat utama aku tak nak berjumpa dengan harraz lagi " balas dhea jujur

" ish apa lah kau ni dhea. tolak rezeki. kalau aku jadi kau, sanggup aku selama lamanya duduk dengan harraz tu. senior hot kita. lama lama sampai terkahwin pun tak apa weyh. package kot dia tu " bebel disha tah pape

" ee apa benda kau cakap ni. kau tak duduk serumah dengan dia boleh lah cakap macam tu. dia tu buat hidup aku tak tenteram tahu tak. dia tu dah macam mamat psiko yang obses dekat kau " balas dhea menarik tali begnya yang tak henti henti dipintal kawannya

" eh seronok tu. kau ni betul lah tolak rezeki. kau tahu tak lelaki macam tu jadi idaman para wanita sekarang. haa lagi lagi yang baca wattpad dengan novel tu. dia tu helok, kaya, kalau posesif lagi uhhh. triple kill " kata disha penuh semangat. dah macam makcik bawang dah

" aku pun baca novel juga. memang lah watak lelaki macam tu attractive tapi in reality, lelaki macam tu first tak wujud, second menakutkan kalau betul betul jumpa. buktinya aku takut dengan si harraz tu. kau tahu kan lelaki macam tu tak tahu batas suka sentuh sesuka hati? macam tu lah harraz. tak ke rimas hidup kau setiap hari jumpa orang begitu? " dhea tidak mahu mengalah. disha sudah mula mengalah apabila dhea berkata begitu

" yelah. ni kau kata nak cari duit. jadi kau nak kerja sambilan lah ni? " tanya disha menukar topik. dia sudah terima kekalahan. lama lama dengar minah ni membebel ada betulnya juga kata dhea itu

" awalnya fikir macam tu lah. tapi aku ni pemalas sikit lepastu aku fikir pengangkutan lagi. takkan setiap hari naik grab, takkan nak tebalkan muka hampir setiap hari minta tumpang. so aku ingat nak jadi affiliate shopee. nak join? " tanya dhea membuatkan disha memaparkan riak terkejut

" weyh! aku pun terfikir nak buat macam tu. sebab yelah aku pun pemalas lagipun kitakan selalu pegang phone je, so itulah yang paling sesuai "

" jadi, on? "

" onn "

" okay. after 1 months, siapa dapat duit atau follower paling sikit kena belanja makan. deal? " cabar dhea

" deal! " disha turut ingin menyahut cabaran. alah easy je ni

pin! pin!

terhinjut bahu dua gadis itu tatkala mendengar bunyi hon sebuah kereta di hadapan pagar sekolah mereka

Enamoured to you Where stories live. Discover now