• chapter 32 •

152 6 1
                                    




Kring! Kring!

Lena Dhea terganggu sebaik sahaja mendengar deringan telefonnya yang lantang. "Ih tak guna! Nanti aku tukar ringtone phone yang harmoni sikit." Marah Dhea sebelum mengambil kasar telefonnya di atas meja tidur.
Punat hijau ditekan sebelum melekapkan telefonnya pada telinga. Matanya masih terpejam rapat. Badan juga masih selesa terbaring di atas katil.

"Hello?" Sahut Dhea bersama suara ngantuk. Dia langsung tak peduli siapa yang menghubunginya. Dia main angkat je panggilan tadi. "Dhea?" Panggil seseorang di hujung talian. Dhea diam seketika sebelum matanya dibuka laju dan mendudukkan badannya di atas katil. "Tenesa ni." Tenesa memperkenalkan diri. "Ya ya saya kenal suara awak. Ada apa ya?" Tanya Dhea berubah sopan. Tenesa juga merupakan rakan sekolah menengahnya. Tenesa lah yang memberitahu bahawa ada kerja kosong di syarikatnya. "Maaf mengganggu, saya cuma mahu tanya. Awak ada dapat panggilan dari syarikat saya ke kelmarin?" Tanya Tenesa. Dhea menggaru-garu kepalanya. "Tiada pula." Jawabnya ringkas. "Oh kalau begitu saya rasa maksudnya awak tak diterima masuk lah, Dhea." Lirih Tenesa berkata buatkan Dhea mencebik sedih. "Awak pasti ke, Tenesa?" Tanyanya berharap itu cuma sekadar jangkaan gadis itu sahaja.

"Ya, saya pasti. Maaf ya dhea. Kami baru sahaja diperkenalkan dengan pekerja baharu tadi. Saya rasa dia lah pembatu peribadi Encik Ghazali sekarang." Jelas Tenesa. Dhea diam seketika. Cuba menutupi rasa sedihnya. Bukan rezekinya lagi. "Okay Tenesa. Thanks for the info. Have a nice day." Ucap Dhea bernada ceria. Bagus juga Tenesa menghubunginya. Tiada lah dia berharap lebih lama. "Okay no problem. Awak jangan sedih-sedih ya. Kalau saya tahu mana- mana syarikat yang mencari PA saya akan hubungi awak." Pujuk Tenesa. Dhea mengangguk sambil tersenyum. Comel kawannya ni. "Alright. Bye Tenesa." Ucap Dhea. "Okay. Goodbye." Balas Tenesa pula sebelum mematikan panggilan.

Dhea merenung skin telefonnya yang sudah berubah gelap. Dia merengus kecil sebelum bangkit dari katil dan membuka langsirnya. Cahaya pagi mula menembusi ruangan biliknya yang tadi gelap.

Dhea memerhati seketika pemandangan di luar tingkapnya senyap.

"Dah lah tak dapat kerja. Makan churros pun tak dapat." Rungutnya mengingatkan peristiwa dua hari lepas di mana dia tidak berkesempatan membeli churros kerana takut terserempak dengan Harraz.

"Aunty punn. Nasib baik aku sempat cabut lari sebelum mamat tu sampai." Dhea mengusap lehernya gelisah. Tak pasal-pasal dia hampir terjumpa Harraz masa itu.

'Terlalu bahaya. Aku mesti kena cari kerja cepat.' Bisiknya di dalam hati sebelum bergerak masuk ke dalam tandas. Nak mandi


Selesai membersihkan diri, Dhea turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Biasanya waktu- waktu begini, mereka yang lain sudah gerak ke rumah Tuan Farhan. Pasti tinggal dia sendirian sahaja di rumah. Agak Dhea sambil- sambil mengikat rambutnya.

"Dhea" panggil makcik Siti tiba-tiba buatkan jantung Dhea seakan berhenti berdegup seketika.

"Ya Allah makcik, terkejut Dhea. " Dhea mengusap dada cuba meredakan perasaan terkejutnya. makcik Siti hanya menayang senyum kepada Dhea. "Makcik ingat kamu perasan makcik berdiri-diri di depan pintu ni." Kata makcik Siti membela dirinya. Sebelah tangannya menutup pintu hadapan manakala sebelah tangannya lagi memegang satu bungkusan makanan. "Kenapa makcik masih ada di rumah? Makcik tak pergi rumah Tuan Farhan ke hari ni? " Tanya Dhea. Kelibat maklong dan paklongnya tidak kelihatan pula di tingkat bawah itu.

"Hari ini, Tuan Farhan dan Puan Ezra bagi kami cuti. Sebab ada majlis besar- besaran di syarikat mereka." Jelas makcik Siti.

"Jadi semua orang tiada di rumah sampai ke petang. Termasuklah Harraz sekali." Oh. Harraz.

Enamoured to you Where stories live. Discover now