<^>
aku bermain main dengan hujung gaun paras lututku dengan perasaan gementar . aku duduk bersendirian di bangku hospital sementara atuk dan nenek sedang sibuk menghubungi keluarga yang lain .
" yaa angah dengan suami dia dalam bilik rawatan sekarang . along datang sini ya . takut ini kali terakhir kita boleh jumpa angah lagi " nenek merendahkan sedikit suaranya di hujung ayat . tidak mahu aku mendengar kata katanya itu
sungguh aku tidak faham mengapa aku dibawa kesini . di mana mak dan ayah ? kenapa semua orang kelihatan gelisah dan kelam kabut begini ?
" ya okay kami tunggu di sini " kata nenek lalu mematikan talian . nenek kemudian mula menghampiri tubuh genitku " nenek kenapa nenek bawa dhea pergi sini ? " tanyaku keliru . tempat ini begitu asing bagiku malah aku berasa begitu sejuk kerana banyaknya aircond yang berada di bangunan ini "sebab nenek nak bawa dhea jumpa ayah dengan mak " balas nenek . rambut lurus paras bahuku nenek elus lembut
" mana mak dengan ayah sekarang ? " mendengar soalanku riak wajah nenek kelihatan sayu " mak dengan ayah ada dalam bilik tu sekarang . ada urusan sikit " kata nenek sambil menunjukkan ke arah satu bilik . aku hanya menganggukkan kepala kerana gadis berumur 6 tahun sepertiku jelas tidak memahami apa apa tentang perkara yang berlaku pada saat ini
selang beberapa minit seorang doktor berbangsa india keluar dari bilik yang dikatakan tempat ayah dan mak berada . atuk dan nenek dengan laju menghampiri doktor itu
" doktor macam mana dengan anak kami dan suami dia ? " tanya atuk laju
doktor itu kelihatan berat hati untuk menyampaikan berita itu . namun dikeranakan ini memang tugasnya , dia gagahkan juga membuka mulut untuk menjawab soalan tersebut
" maafkan kami . kami dah cuba sedaya mungkin untuk selamatkan pasangan itu . namun , usaha kami tidak membuahkan hasil " riak wajah neneknya semakin mengendur lututnya terasa lemah
doktor itu mengerling ke arah jam tangannya " mereka telah disahkan meninggal dunia pada pukul 6:37 petang tadi . saya minta maaf sekali lagi " doktor itu sedikit menundukkan kepala lalu mula berlalu pergi . atuk terduduk pada kerusi di situ sambil memicit micit batang hidungnya manakala nenek sudah menangis teresak esak pada lantai hospital yang sejuk itu . aku mendekati nenek lalu mengusap usap bahunya . aku tidak mengerti apa yang berlaku tapi jelas terlakar pada riak wajah nenek pada saat itu yang dia sedang sedih jadi aku harus menenangkannya
nenek laju menyekah air matanya lalu menekup mukaku dengan kedua tangannya " dhea kena kuat ya nak . nenek akan pastikan dhea masih dapat merasakan kebahagiaan walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah lagi " aku memandang ke arah nenek dengan mata yang terkebil kebil . sungguh aku langsung tidak memahami apa yang nenek ucapkan yang aku mahu tahu sekarang ini cuma satu . mana mak dan ayahku ?
******
" HAHH !? " jerit maklong dengan lantang . terkejut bukan main dia apabila mendengar pernyataan maknya itu . aku yang berada di dalam bilik ketika itu untuk mengemas baju bajuku turut terkejut mendengar jeritan maklong . kepala diintaikan ke arah luar ruang tamu
" jangan menjerit long . terkejut dhea tu nanti " larang neneknya risau anak yang baru kehilangan kedua ibu bapanya itu akan terkejut
" tak tak bukan itu yang penting sekarang ni . kenapa along pula yang kena bela budak tu !? " tanya maklongnya tidak berpuas hati . mukanya kemerahan menahan amarah . paklong di sebelah cuba menenangkan isterinya dengan mengusap usap bahunya " apa yang kasar sangat bahasa kamu ni long ? dia tu baru 6 tahun . kecil hati dia bila dengar kamu cakap dia macam tu " kata atuknya pula . entah kenapa hatinya pula yang terasa mendengar anak sulungnya itu berkata sedemikian
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...