• chapter 9 •

175 7 0
                                    



memandangkan hari ini merupakan hari yang tidak terlalu sibuk kerana kebetulan tuan farhan dan puan ezra masing masing akan pergi outstation buat beberapa hari , aku dan disha akan pergi ke cafe dimana mesyuarat kecil kelab bahasa inggeris akan diadakan . aku sudah memaklumkan makcik siti awal awal tentang rancanganku manakala maklongku . tak perlu lah cukup lah aku bagi dia curi curi dengar sahaja perbualanku dengan makcik siti nanti aku kena marah lagi pula

aku hanya mengenakan baju knitted sweater bersama seluar jeans high waist berwarna biru muda yang akan aku pasangkan dengan kasut putih nanti . pergi cafe je pun kan

aku menyemburkan sedikit minyak wangi sebelum bergerak keluar dari bilik

aku menolehkan kepalaku ke arah harraz yang juga kebetulan baru keluar dari bilik berpakaian baju jalan . nak keluar juga ke ?

eh situasi ni macam pernah dialami sebelum ni lah

aku melihatnya sekejap sebelum mengalihkan pandangan . aku mula berura ura ingin menuruni anak tangga . matlamat aku adalah sebaik mungkin cuba mengelak dari dia yes that's it

" kau nak pergi mana ? "

tanya harraz membuatkan langkahku di tangga terhenti

" keluar kejap "

balasku pendek lalu menyambung langkahku sehingga ke pintu hadapan . selepas menyarungkan kasut aku mula membuka telefon untuk menempah grab . tidak sempat pun aku membuka aplikasi tersebut satu tangan menyambar tanganku laju

" tumpang aku " kata harraz ringkas lalu menarikku ke arah keretanya . berdiri sahaja di sebelah pintu kereta aku statik di situ tidak mahu masuk ke dalam keretanya . macam biasalah aku tak percaya mamat ni baik hati , mesti dia nak skodeng aku keluar dengan siapa lagi

melihatku masih berdiri disitu harraz menegurku

" kau kenapa ? "

aku hanya membalas soalannya dengan gelengan kepala

" masuk sebelum aku angkat kau "

aku hanya menjelingnya tajam sambil membuat muka marah namun aku masih tidak berganjak

melihat harraz sudah mula membuka langkah menghampiriku laju laju aku masuk ke dalam

" ya ya nak masuk lah ni " kataku takut dan sedikit marah

pakai sahaja tali pinggang keledar kereta harraz mula bergerak laju meninggalkan rumah agam . aku menjeling harraz seketika apabila dia hanya diam . taknak tanya aku nak pergi mana ke ?

" dhea nak perg-"

" aku tahu kau nak pergi mana "

eh sejak bila aku bagitahu dia aku nak pergi mana ? setahu aku aku bagitahu makcik siti je aku nak pergi mana masa di dapur pagi tadi .

oh

" harraz curi dengar perbualan dhea dengan makcik siti eh ? " agakku . walaupun harraz diam tidak menjawab aku tahu memang betul apa yang aku agak . memang itu sahaja cara dia boleh tahu aku nak pergi mana . tak guna betul ini namanya melanggar privacy orang !

" harraz tak patut curi dengar perbualan orang macam tu . macam mana kalau dhea ada cakap perkara pribadi masa tu ? " tegurku kepadanya

" contohnya ? " tanya harraz dengan senyuman nakal

" err ada lah . nama pun benda pribadi mana boleh dhea terangkan " balasku dengan pipi yang sedikit merah . sengaja je nak usik aku

keadaan di antara kami kembali senyap selepas itu . memang kalau bukan aku yang kembangkan idea perbualan macam ni sahaja lah berakhir percakapan kami . dia pun kalau buka topik mesti asyik sentuh pasal perasaan aneh dia tu je tak ada benda lain . macam mananya dia nak move on kalau asyik nak cakap pasal itu sahaja ? nok haram lama lagi

Enamoured to you Where stories live. Discover now