Dhea hanya diam memerhati pekerja-pekerja membawa masuk barang-barangnya ke dalam kondo sambil berpeluk tubuh.'Boleh tahan banyak juga barang aku eh' Katanya di dalam hati tanpa sedar menggangguk-anggukkan kepala.
Encik Zaif yang melihat kelakuan Dhea segera menegurnya.
"Macam mana cik Dhea? Suka dengan rumah baru cik?" Tanya lelaki itu mesra.
"Ah ye ye suka sangat."
"Baguslah kalau begitu." Katanya lega sebelum bergerak ke arah pekerja yang lain untuk mengatakan sesuatu.
Dhea sekali lagi hanya diam. Dalam diam dia menyimpan rasa sedih mengingatkan peristiwa yang berlaku tepat sebelum dia berpindah keluar.
Barang-barangku dibawa masuk ke dalam lori sewaan paklong oleh pekerja-pekerja yang dibayar.
Terharu rasanya bila paklong diam-diam telah menempah satu buah lori sederhana besar untuk membawa barang-barangku berpindah ke rumah yang baharu. Sedang aku kusut memikirkan bagaimana mahu memuatkan semua kotak-kotakku yang banyak ini, datang sebuah lori di hadapan rumah dan tiga pekerja yang kelihatan menghampiriku. Satu masalahku selesai.
"Eh paklong tak perlulah bantu angkat barang Dhea... dah cukup dah mereka bertiga untuk angkat semua kotak-kotak ni. Risau pula nanti badan paklong sakit-sakit sebab angkat benda berat." Larangku tatkala melihat paklong mengangkat satu kotak yang aku yakini berisi fail-failku di dalamnya. Haih nanti tak pasal-pasal patah tulang paklong.
"Tak ada apalah Dhea. Sikit je ni." Tepis paklong pula masih berdegil.
"Takde takde. Letak balik kotak tu. Biar Dhea je yang angkat." Kini kotak itu sudah bertukar tangan. Walaupun paklong ialah lelaki dan aku ialah perempuan tetapi membandingkan umur kami aku yakin aku lebih gagah perkasa.
"Eh! Jatuh!"
Konon...
Entah bagaimana boleh pula kaki aku tersilap langkah dan hampir menjatuhkan kotak itu. Namun laju sahaja salah satu pekerja di situ menangkap kotak yang aku hampir jatuhkan.
"Cik, saya rasa lebih selamat kalau kami bertiga sahaja yang angkat semua barang ni. Pakcik tak payah angkat, cik pun tak payah angkat. Ye?" Berani pekerja itu berkata bersama senyuman lucu sebelum menyambung kerjanya.
Tak guna! Dia ketawakan aku.
Aku menoleh pula ke arah paklong yang kelihatan turut menyimpan tawanya.
"Paklong!" Marahku bersama rajuk.
"Tulah siapa suruh percaya diri sangat. Cuba tenung lama-lama tapak tangan kamu tu... Level-level budak darjah punya saiz je ada hati nak angkat berat." Kutuk paklong tidak dapat menahan tawanya lagi.
"Ish paklong ni." Marahku cuba menyorokkan perasaan malu. Tangan aku takdelah sekecil itu.
Akhirnya aku dan paklong hanya tercegat di depan pintu memerhati mereka bertiga melakukan kerja. makcik Siti tiada pada saat ini kerana katanya pergi melawat anak buahnya yang baru sahaja berpindah di daerah ini.
Maklong pula...
Aku tolehkan kepala ke dalam rumah. Maklong tenang menghirup teh o panasnya sambil menonton rancangan televisyen. Langsung tidak peduli dengan apa yang berlaku di luar ini atau lebih tepatnya berlaku kepadaku.
Sejak daripada aku menyatakan isi hati aku tempoh hari, maklong seringkali mengelak daripada bertemu denganku. Kebanyakkan masa aku hanya dapat berjumpa dengan paklong dan makcik Siti sahaja. Maklong seolah-olah tidak menganggap kewujudan aku lagi. Aku harap dengan pemergian aku ini beban mereka bertiga berkurang. Aku takkan menumpang atau meminta pertolongan sesiapa lagi. Termasuklah Datin Ezra dan Datuk Farhan sekali. Aku betul-betul kena hidup layaknya seorang yatim piatu mulai sekarang. Itulah yang sebetulnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/353714331-288-k674069.jpg)
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...