• chapter 19 •

142 7 0
                                    



" dheaa~ " panggil makcik siti yang baru pulang dari kelas kemasnya.

" ya makcik siti " sahut dhea di dapur. makcik siti segera mendatangi dapur dengan membawa hamper hadiah

" tengok makcik dapat apa " kata makcik siti bangga sambil meletakkan hamper hadiah itu di atas meja makan. dhea berpaling dan membeliakkan matanya

" ehh besarnya hadiah " kata dhea lalu mendekati makcik siti

" makcik menang apa ni? " tanyanya membelek belek hamper itu

" tadi ada pertandingan memasak lawan dengan kelas kemas taman lain. makcik dapat nombor satu " katanya bangga sambil tersenyum senyum

" wah hebatlah makcik siti kita ni. tahniah makcik " ucap dhea bersama senyuman

" ni makcik nak bersihkan diri kat atas. lepasni nak cuci baju kotor, kamu tolong buka dan simpan hadiah hamper ni ya. kalau kamu nak jajannya pun ambil sahaja " pinta makcik siti

" makcik tak nak bergambar dulu ke? " tanya dhea. jarang makcik makcik tak riak bergambar masuk whatsapp status

" tak apa lah. makcik dah banyak bergambar di sana tadi " jawab makcik siti sebelum berlalu ke tingkat atas. dhea membuat mulut bentuk 'o' sahaja

dhea pun tanpa membuang masa mula unboxing hadiah makcik siti

" yess! ada corntoz " teruja dhea apabila terdapat keropok kesukaannya di dalam hamper itu. dahlah paket besar

dhea yang berasa rimas kerana rambutnya yang terurai, mula mencari sesuatu untuk mengikat rambutnya. dia terpandang akan reben yang tadi berada pada hamper itu

" ala reben hamper pun reben hamper lah " katanya sebelum mengikat rambutnya menggunakan reben itu

dia memerhati penampilannya pada pantulan cermin di kabinet dapur

" hmm cute macam coquette gurl " kata dhea terangguk angguk melihat reben berwarna pink muda itu terikat cantik pada rambutnya

dia pun kembali menyambung kerja menyimpan makanan tadi

makanan makanan ringan diletakkan di dalam kabinet manakala air karbohidrat dimasukkan ke dalam peti sejuk

selesai menyimpan semua barang, dia mengambil pula bungkusan plastik tadi lalu dibuang ke dalam tong sampah

kerja selesai...

" dhea? kamu dah selesai ke? " tanya makcik siti yang baru menuruni anak tangga. wah lajunya bersiap

" dah makcik. ada kerja lain lagi ke? " tanya dhea kepada makcik siti

" sekarang ni belum ada lagi sebab makcik baru nak cuci baju baju kotor ni " kata makcik siti menunjukkan tangannya yang memegang bakul yang penuh dengan baju kotor " kamu rehatlah sekejap lepastu nanti tolong makcik jemur baju " jelas makcik siti. dhea hanya mengangguk faham

" eh ni maklong kamu mana? " tanya makcik siti

" maklong pergi kemas bilik stor berhantu tu " balas dhea selamba

" kamu ni ada ada sahaja, mana ada hantu. kalau iya pun berhantu, kenapa kamu tak pergi teman maklong kamu? nanti haa ditelannya maklong kamu tu oleh hantu " kata makcik siti membuatkan dhea melepaskan tawanya

" bukan tak nak teman makcik, tapi maklong yang tak mahu orang lain kacau dia. katanya nak kemas stor besar tu perlukan IQ yang tinggi, jadi dia perlu waktu berseorangan untuk berfikir " jelas dhea. masih dia ingat kata kata mutiara maklongnya tadi. alhasil nak dekat 1 jam setengah dah dia di dalam stor itu

Enamoured to you Where stories live. Discover now