selama empat bulan aku setia menemani harraz belajar pada malam hari di dalam perpustakaan . setiap hari aku rasa bagai nak gila . ada sahaja cara dia untuk buat aku rasa tak selesa akhirnya hari yang aku nanti nantikan sudah tiba . hari ini merupakan hari dimana keputusan spm akan keluar yang mana bermaksud tak lama lagi dia akan pergi dari sini . ya aku tak sabar nak hilangkan dia dari ingatan akuaku hanya memerhati dari jauh harraz dan kedua ibu bapanya berjalan beriringan ke pintu hadapan . mereka akan pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan harraz . kelihatan reaksi ceria mereka mungkin sudah begitu yakin dan percaya bahawa harraz akan memperolehi markah yang cemerlang . aku tumpang gembira untuk mereka mana tak nya , disebabkan mereka ambil result kami dapat cuti yeehaa !
memandangkan mereka sekeluarga akan makan tengah hari di luar jadi tidak perlu lah kami menyiapkan makanan sedap sedap cukup masak ala kadar sahaja untuk kami mengalas perut
tiba tiba aku teringat perbualan puan ezra dengan maklong dan makcik siti kelmarin
" kak siti oh kak siti "
" ye puan " terkocoh kocoh mak cik siti datang kepada puan ezra
" kak siti sibuk tak ada benda nak cakap sikit "
" eh tak tak , tak sibuk puan nak cakap pasal apa "
" erm panggil kak nisah dulu kita bincang sama sama " makcik siti mengangguk faham lalu segera masuk ke dapur untuk memanggil makcik nisah
beberapa saat mereka berdua berjalan mendekati puan ezra
" ya puan ada apa tu " tanya mak cik nisah lalu melabuhkan duduk pada sofa berdekatan puan ezra . sudah acap kali dia ditegur sebelum ini untuk terus duduk ketika bercakap dengan puan ezra sebelum ini tidak perlulah berdiri di hadapannya buat lenguh kaki sahaja
kebetulan pada waktu itu dhea berjalan memasuki rumah melalui pintu dapur . dia terdengar perbualan puan ezra , maklongnya dan mak cik siti
" ni tak lama lagi kan birthday harraz jadi saya ingat nak buat kecil kecil sahaja di rumah " katanya sempat juga dia meliarkan matanya ke arah tangga takut takut jika anak tunggalnya itu terdengar perbualan mereka
" oh jadi puan nak kami sediakan menu makanan apa ? " tanya mak cik siti pula
" itulah saya pun tak ada idea . saya rasa kali ini mungkin ikut minat kamu berdua sahaja lah yang penting ada masakan favourite harraz " mak cik siti dan mak cik nisah saling berpandangan sambil tersenyum . suka dengan permintaan puan ezra
" kalau macam tu okay lah nanti kami fikir fikirkan apa menu untuk majlis itu nanti " balas mak cik siti
" alright . oh dan sebelum tu pesan kepada dhea untuk buat dessert juga ya . saya tahu dia pandai buat pencuci mulut " kata puan ezra teruja . teringat ketika dia merasa cheesetart buatan dhea hari itu
" baik puan nanti saya beritahu dia "
laju puan ezra berdiri dan memberi signal kepada mereka tanda 'ini rahsia kita' apabila melihat kelibat harraz turun ke bawah
hampir pula aku terlupa yang birthday harraz sudah dekat . harraz pun bukannya sejenis yang mengingatkan orang tentang hari jadinya . bagi dia perkara itu bukan apa apa
tiada yang istimewaaku rasa aku patut buat pudding mango juga pada hari itu . masih aku ingat harraz memberikan reaksi yang positif ketika merasa puding buatanku . walaupun maksudku reaksi positif itu hanya mengangkat kening lalu meneruskan makan tetap juga dia habiskan puding tu kan ?
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...