7

540 32 3
                                        

DERUMAN motor berkuasa tinggi dapat didengari dari jauh

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

DERUMAN motor berkuasa tinggi dapat didengari dari jauh.
Sebaik sahaja tiba di hadapan pagar besar. Enjin motor dimatikan.

'' Psst.. psstt.. Pak Meon.. psst '' bunyi mensiut-siut dibuat memanggil pengawal.

Mata Pak Meon mengecil melihat ke luar pagar sebelum dia mengecam figura itu.

'' Eh ! Cik muda...'' berlari-lari anak kaki tua itu membuka pagar. Calia hanya tersengih di sebalik helmet full cover.

'' Terima kasih Pak Meon'' ujarnya. Ducatti Paningale V4 ditolak masuk melalui pagar besar itu.

Pak Meon menggaru-garu kepalanya ' dah kenapa Cik Muda tolak motor ni. Ada problem ke. Jarak dari pagar ke main house bukan dekat, nak dekat 100m. Motor tu dah lah berat dan besar '. Tetapi persoalan itu hanya dimatikan.

Calia menolak motornya kerana takut kantoi dek ibunya. Maklumlah ibu dah pesan siap-siap balik lepas maghrib. Dia balik lepas isyak.

Dia memarkir motorsikalnya di garaj. Helmetnya dibuka lalu diletak atas motor, dapat dilihat barisan kereta di halaman rumahnya.

Calia terhendap-hendap berjalan ke bahagian belakang rumah agamnya. Nasib baik biliknya dibelakang. Tersembunyi sedikit dari pandangan tetamu dan ibunya yang sakan berbual di dalam rumah.

Calia melihat ke atas. Pintu balkoni biliknya telah dipesan pada Eshaal untuk dibuka awal-awal. Manakala Enaya diminta untuk mengcover dia. Kononnya dia tengah bersiap di bilik dan sudah balik dari tadi.

Tiang rumah dipanjat hingga ke tingkat dua lalu melompat ke balkoni biliknya. '' Fuh, safe. '' katanya perlahan.

Matanya melihat kiri dan kanan ruangan itu dan bergegas ke arah bilik mandi.

'' Along, tak siap lagi ke ? Ibu dah berulang kali panggil '' ujar Eshaal seraya kakinya melangkah masuk ke bilik Calia.

'' Along ? along !! '' jeritnya apabila melihat ruangan itu kosong.

'' Yes, cupcake. Along dalam wardrobe ni. Tengah pakai baju ''

Eshaal mendengus panjang lalu menghempas punggungnya di birai katil

'' Eeee along, cepatlah. Angah dah tak duduk diam dari tadi sebab asyik cover along. Eshaal plak kena bebel oleh angah. Dok marah-marah kat Eshaal watpe. Along yang- '' bebelannya terhenti sebaik sahaja dia melihat Calia keluar dari wardrobe. Mulutnya ternganga sedikit.

'' Sorry lah. Along cari abaya yang angah bagi. Entah mana along letak. Syukur jumpa '' katanya sambil tangan mengibas-ngibas kain abaya yang berwarna cream. Rambut panjangnya dilepaskan melepasi bahunya. Tiada riben pada malam itu.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang