" LEPASKAN AKU !! LEPAS !! " bentaknya kuat. Kalaulah badannya besar seperti lelaki-lelaki ini. Sekejap sahaja kakinya naik menendang. Malangnya, kudratnya tidak menyamai walau seorang lelaki.
Nuha meronta-ronta minta dilepaskan dari pegangan. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit. Sudahlah dia baru sahaja dihalau dari rumahnya. Demamnya masih belum kebah. Sekarang, apa lagi yang nak jadi ni.
Badan kecilnya diheret ke sebuah kelab malam.
Retina mata menangkap keadaan sekeliling kelab itu. Lelaki perempuan bergaul dalam keadaan yang mengaibkan. Minuman keras di setiap meja. Bunyi muzik yang membingitkan, cahaya yang terang bertukar-tukar warna cukup menyilaukan penglihatannya. Belum campur bau-bauan yang meloyakan dan asap rokok yang tebal.Makin berpinar matanya saat ini. Kepala pun makin berat.
Badannya ditolak setelah memasuki sebuah bilik. Dek kerana tidak bertenaga, terduduk Nuha di lantai marmar hitam itu. Kepala menggeleng perlahan. Sikit masa lagi mungkin dia rebah.
" Ini perempuan tu ? " dagu Nuha dipaut lalu didongak. Asap rokok dihembus ke arahnya menyebabkan dia terbatuk-batuk.
" Mata orang putih baii. Kulit putih melepak. Konfem laku keras 'rumah' aku lepas ni " Nuha tepis kasar tangan lelaki itu. Penglihatannya mulai kabur oleh air mata dan sakit kepalanya. Nuha menjauh dari lelaki yang berbadan besar itu. Kalau dilihat dengan mata kasar, lelaki ini, dalam lingkungan 40 tahun. Mukanya dipenuhi dengan tatu dan telinga yang bertindik.
" Kau siapa !! aku kat mana ni. Lepaskan aku !! " Nuha meninggikan suara. Mengumpul keberanian melawan lelaki itu. Dia gagahkan untuk berdiri. Bergerak arah pintu.
Tangan memukul pintu sekuat hati. Minta dibuka.
" Buka pintu ni !! buka.. argghh !! " menyeringai kuat Nuha tatkala rambutnya ditarik dari belakang lalu badannya ditolak jatuh ke lantai.
" KAU SIAPA HAA !! AKU NAK KELUAR. LEPASKAN AKU. JANGAN SAMPAI AKU LAPOR POLIS " tiada lagi suara lembut Nuha menyapa. Matanya menjadi merah menahan amarah dan perit. Dahlah dia diheret kesini tanpa kata-kata dari rumah Safiyyah. Pasti Safiyyah tercari-carikan dia sekarang. Dia sudah berjanji padanya untuk ikut pulang ke kampung.
Lelaki itu merendahkan badannya menyamai Nuha. Bajunya direntap sehingga Nuha terdorong ke depan.
" Kau nak lapor polis ? cuba lah. Silap haribulan, diorang yang hantar kau balik pergi sini" ayat sinis diberi pada Nuha bersama senyuman lebar.
Nuha kancing gigi rapat rapat. Tangan membentuk pengepal. Mata mencerlung tajam ke arah lelaki itu.
PANG !
Terteleng wajah Nuha ke kiri. Kemudian direntap lagi rambutnya sehingga terangkat wajahnya.
" Sekali lagi kau pandang aku macam tu. Muka cantik kau tu aku siat-siat bagi anjing makan " bisiknya dekat pada wajah Nuha. Dia paling pantang jika ada perempuan naik kepala dengannya. Apalagi spesis yang pandai melawan seperti gadis depannya.
Nuha tidak melarikan pandangannya. Bibir digigit dikala bergetar menahan tangisan. Tidak mahu dia jatuhkan air matanya disebabkan lelaki ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romansa⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...