37

517 32 16
                                    

KOLARNYA yang dicengkam kuat dengan tiba-tiba menyentakkan dirinya.

" Kau buat misi apa dengan Calia hah ! How can she hurt this badly ! " suara tinggi doktor wanita itu memecah hening di hospital.

" Sa.. Safiyyah ? " Arzhael terpinga-pinga. penglihatannya beralih pada baju scrub doktor yang berlumuran darah. Itu darah Calia ?

Pegangan dilepaskan. Dia perlu bertenang.
" She is critical now. Internal bleeding. Shes anemic. Dia dah hilang banyak darah Hael " Safiyyah memberitahu dengan titisan air mata merembes laju.

Arzhael tercengang.

" Apa maksud kau ni Safiyyah" lepas satu, satu masalah datang. Kenapa tak datang satu kali terus. Boleh mati berdiri camni.

" Tell me Safiyyah ! " suara naik senada apabila soalannya tidak dijawab oleh doktor muda di hadapannya.

" Semalam ada kemalangan besar. Hospital ni sesak dengan pesakit luar. Bekalan darah yang sedia ada dah habis. Nak terima bekalan darah yang baru ambil masa Hael. " nada suaranya menjadi tegas. Tangan naik menyeka air mata.

Dia sebagai doktor pun bingung apa yang harus dilakukan. Semua hospital sudah dihubungi. Bekalan darah mereka juga kurang. Dalam hati, dia berharap akan ada lebih ramai yang tampil menderma darah agar hal sebegini dapat dielakkan.

Nafas Arzhael jadi pendek. Kaki menjadi lembik. Fikirannya kosong.

Safiyyah terduduk cangkung. " Jenis darah Calia O negative Hael. Aku nak cekup mana darah tu. Bekalan darah tu yang pertama sekali habis semalam. " luah Safiyyah. Matanya menekur lantai putih hospital. Nasib mereka baik, bekalan yang sedia ada mengcukupi untuk tangani hal yang mengkucar-kacirkan hospital semalam.

Arzhael angkat kepala. O negative ?

" Ambil darah aku. Cepat Safiyyah " gesa Arzhael. Dia lekas menyinsing kedua lengan bajunya. Ambil lah berdozen bag, dia sanggup.

Safiyyah terkesima seketika.

" Kau O negative ? " Arzhael angguk kepala laju.

Safiyyah berdiri tegak. Mukanya yang suram berubah lembut.
"Ikut aku " arahnya pendek lalu dia dan Arzhael berlari anak menujuk bilik rawatan.

KERUSI diletak menghadap katil hospital Calia. Tatapan mata tidak berganjak walau sesaat dari memerhati sekujur badan yang sedang beradu.

Safiyyah beritahu Calia sekarang berada di peringkat yang stabil dan bila-bila masa saja akan sedar. Sekarang dah dua hari, mengapa mata hazel itu belum menyapanya.

Kerusi didekatkan lagi. Tangan naik menongkat kepala atas tilam. Jari runcing Calia direnung sayup.

" Sayang, bila kau nak bangun. Kenapa tinggal aku lama sangat. Aku rindu suara kau, kening tajam kau. Kau tengah hukum aku ke ni ? " adu Arzhael.

Kali ini tangannya dirapatkan ke tangan Calia yang masih dicucuk dengan tiub halus iv drip. Jarak sejengkal menjadi pemisah.

Kuku dan jemari Calia diperhati satu persatu. Tidak ada yang buruk di matanya. Semua tentang wanita ini indah padanya. Mahu saja tangan itu digenggam erat 24 jam tapi dilupakan saja niat itu cepat-cepat. Mereka belum ada apa-apa ikatan. Walaupun mereka terlepas laku tempoh hari. Siap peluk lepas rindu.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now