" YANG tu ? " jarinya menunjuk pada individu yang lalu lalang di luar kereta.
" No, tak antek ( No, tak cantik )" kepala kecil menggeleng. Duduk kemas di atas riba Arzhael.
" Yang tu pulak " ditunjuk seorang wanita yang berdiri di hadapan sebuah kedai.
" No.. itu acik ( No.. itu makcik) " bibirnya muncung dengan kening tajam di wajah comel itu. Arzhael tergelak kecil.
" How about that ? " jari telunjuk naik menunjuk sekumpulan wanita yang boleh di katakan cantik molek keluar dari 7E.
" Anee (Mana) " mata bulat si cilik mencari seraya berdiri di atas riba Arzhael.
" Tuuu... banyak tu kakak cantik. " Badannya dicondong mendekati dashboard kereta, melihat rapat ke cermin depan. Zayn menggeleng laju.
" Tak antek cemua. Huh ( tak cantik semua. Huh) " tangan memeluk tubuh dan melihat Arzhael.
" Eee.. kecil-kecil dah selek kau ni ek " lantas pipi gebu itu digomol sehingga kemerah-merahan. Zayn ketawa riang bila diagah oleh pak ciknya.
" Amau arh.. enat lah acik ( tak mau lah, penat lah acik )" kepala Arzhael ditolak.
" Tulah, gemuk sangat. Makan ayam banyak " langsung sahaja muka mulus itu monyok dan pipinya kembung tanda marah.
Meletus ketawa Arzhael " eh, tak tak. Zayn hensem macam walid " tersengih lebar Zayn dipuji. Walid memang idolanya sebab walid kuat dan tinggi.
" Dok cakap apa dengan Zayn tu Hael. Dari luar kereta aku nampak korang tunjuk sana sini " soalnya sebaik sahaja dia masuk ke kereta di bahagian penumpang dengan plastik di tangan.
" Ahh, wayid wayid.. eskim eskim " langsung saja badannya lompat duduk di riba walidnya.
" Anak kau ni bang, kecil-kecil dah pandai memilih. Tak tahu lah kalau dah besar karang " ujarnya sambil geleng kepala. Entah siapa ajar.
Theron Danish ketawa besar. " Budak-budak innocent dan polos hael. Kau cantik ke hensem. Memang betul lah yang dia cakap tu " bicaranya sambil tangannya ralit membuka plastik aiskrim untuk Zayn yang merengek dari tadi dalam kereta.
Dia terpaksa membawa Zayn ke 'meeting' mereka malam ini disebabkan Eyana tengah merajuk dengan dia. Hanya kerana dia tidak dibenarkan mandi kolam malam-malam, konon takut demam.
" Ni, kak Yana tahu abang bagi makan Zayn aiskrim malam-malam tambah merajuk akak tu nanti. Zayn ni bukan boleh simpan rahsia. Semua nak pecah tembelang " bebel Arzhael lalu handbrake kereta diturunkan dan pedal minyak ditekan.
" Biar lah, janji dia tak merengek. Kan Zayn, anak walid paling hensem. Nanti tak jalan 'kerja' kita." pipinya dicuit. Hati tengah riang menikmati aiskrim coklat di tangan. Habis comot mulut comel itu.
" The King has risen " beritahu Theron pada adik-adik iparnya dengan suara datar. Setiap muka yang berada di situ semua berubah menjadi ketat dan serious dengan serta merta.
" Abang yakin ? bukan leader diorang tu semua dah setel ? yang tinggal sekarang ni hanya konco-konco cikai mereka sahaja. " Arzhael bertanya. Jelas di raut wajahnya kerutan di dahi. Kegusaran mulai menyelubungi hati.
Theron Danish mengangguk " Unfortunately yes. Tujuan abang dipindahkan semula kesini sebab Uncle Thaif dapat maklumat seseorang telah mengambil tempat King dan dia berjaya memperolehi kepercayaan setiap gang atau kumpulan yang ibubapa kita pernah tumpaskan. Mereka tengah bergerak dengan sendiri dan senyap buat masa sekarang " jelasnya lagi dengan tenang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romance⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...