Sedutan jus pada strawnya terhenti tatkala dirinya tercengang melihat sosok seseorang yang tiba-tiba duduk semeja dengannya.
Senyuman lebar menampakkan gigi siungnya dilemparkan pada Calia. Kedua tangannya menopang dagu memandang bahagia.
Calia pejam mata seketika lalu mengeluh. Gelas yang berisi jus tembikai diletakkan semula di atas meja.
'' Hai '' sapanya pada Calia. Mata hitam itu masih tertumpu sepenuhnya padanya.
Beberapa jam yang lalu,
Berpasang-pasang mata memandang 4 kelibat yang berjalan dengan gah di dalam pusat membeli belah itu.
Walaupun hanya berpakaian kasual. Adik beradik itu menarik perhatian ramai dengan rupa dan aura yang tersendiri. Bentuk fizikal yang sasa dan ketinggian 180cm+ menjadi halwa mata orang ramai disitu.
Yang lagi membuatkan orang memandang mereka tanpa lepas ialah kebingitan mereka bercakap macam satu orang di utara seorang lagi di selatan.
'' Bang, aku nak makan marrybrown lah. Aku nak bubur haa. Seminggu dah tak makan bubur tu '' adu Zavian pada abangnya.
'' Aish, kau boleh rilek tak. Mummy suruh beli barang dapur dulu kan. '' tempik Arzhael. Mummy ni pun satu. Pergi pasaraya biasa tak boleh ka, nak juga supermarket dalam mall ni.
'' Tak payah layan diorang tu sangat lah bang. Meh, tolong aku pilih barang ni, lambat karang mummy bising plak '' ujar Roan sambil tangannya membelek-belek benda di hadapannya. Ni halia ke lengkuas, dah macam mainan aku tengok ni.
'' Abang Dec..eh.. mana dia '' mata Roan meliar mencari abang kembarnya.
'' Hai.. pandainya awak pilih bawang.. saya tak pandai. Saya tahu pilih awak dan awak je '' seloroh Declan pada dua gadis dihadapannya.
Terkekeh-kekeh dua gadis itu ketawa apabila diayat Declan.
'' Bang, kau tengok abang Declan tu. Dah naik miang pulak kat sini '' Roan memberitahu pada abangnya.
Berkerut dahinya memandang Declan. Dahlah Zavian ni asyik menempel padanya sampai naik rimas.
Zavian ni besar je, humban ke dalam kandang buaya, buaya lagi takutkan dia. Bawa pergi tempat awam, terketar-ketar lutut.
'' Ha ? ish, Bian.. kau sana sikit boleh tak ! aku pukul pakai kepala ikan ni kang.'' marahnya pada Zavian.
Zavian mencebik lalu berjalan ke arah Declan. Giliran dia pulak aku nak tempel. Menyesal ikut diorang ni keluar.
Melihat rupa Zavian yang tegang dan bengis tiba-tiba muncul menyebabkan gadis-gadis itu berlalu pergi dengan tergesa-gesa.
Declan menoleh belakang lalu mencebik.
" kau ni Bian,tak bagi chance langsung kat aku nak ayat awek. "" Couple tu haram " balasnya dalam satu nafas.
Mata Declan naik ke atas. Datang dah 'Ustaz' Zavian.
" Aku bukan bawa diorang couple pun, aku tengah pilih bakal zaujah aku. Kau apa tau, nak menempel dengan weapon kau je. Asyik misi misi misi " bebel Declan. Dah macam mummy dia pulak.
" Tak baik mainkan hati orang, teega-teeganya loh " nasihatnya lagi dengan muka yang mendatar.
Declan tarik nafas dalam-dalam lalu hembus. Nak lawan, ada betulnya. Hanya mampu diam kalau 'Ustaz' Zavian dah bercakap.
Seusai sahaja mereka membeli barang, Arzhael menghalau adik-adiknya balik kerumah terlebih dahulu dengan alasan ingin me-time di shopping mall itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romansa⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...