50

250 20 3
                                    

BAM !!

Kuat hentakan pintu berlaga dengan dinding.
'' turunkan Calia '' bentaknya seusai masuk pejabatnya di bangunan itu.

Arzhael masih diam membisu. Setia memikul si isteri seperti karung guni. Pandangannya diliarkan ke segenap ruangan yang bertemakan warna putih dan cream. Sama seperti bilik di bawah tanah tadi.

Calia pukul-pukul belakang Arzhael seraya goyangkan kaki. Masih tidak berputus asa minta diturunkan. Sikit hari boleh muntah dia dalam keadaan itu.

Pap !
satu pukulan diberi ke punggung Calia lantas terhenti pergerakannya.

Arzhael simpul senyum. Tahu pun diam.
Kaki menapak ke arah meja mahogany di hadapannya. Calia didudukkan atas meja kerja yang lebar itu.

Baru sahaja dia hendak membuka mulut. Jari telunjuk Arzhael membuatkan dia bungkam.

" Diam. Not another word from you " suara di celah gigi. Keras dan dingin diungkapkan pada isteri degilnya. Sisa cemburu masih bercambah di hati.

Pandangan Calia melekat sepenuhnya pada belakang suaminya yang membongkar setiap kabinet dan rak terletak di ruangan pejabatnya. Kening berkerut.

" Apa lah yang dia asyik cari. Dia boleh je tanya aku " bisik hatinya. Tapi hanya didiamkan.
Sebu perut kalau Arzhael mula menampakkan ketegasannya. Dari awal perkenalan, itu lah satu-satunya sikap Arzhael yang mampu menundukkan sifat barannya.

Ralit mencari kotak first aid, akhirnya dia jumpa di dalam bilik air. Dah kenapa letak benda tu dalam tu. Tergeleng kecil kepalanya.

Keluar bilik air, dia nampak Calia tengah ralit menatal skrin telefon, masih di posisi yang sama. Muka berkerut, kuku jari digigit-gigit seperti resah. Kemudian, dilihat bahu isterinya yang masih basah dengan darah. Sekali lagi dia mengeluh, nasihatnya pada Calia untuk menjaga dirinya ibarat mencurah air ke atas pasir.

Berdiri hadapan Calia, dia paut dagu isteri agar bertentang mata dengannya. Terkebil-kebil Calia melihat Arzhael. Jari di bibir Calia di alihkan. Kalau dibiar lama-lama, mahu sampai ke isi digigitnya.

" Jangan gigit kuku " sebaris teguran diberi. Calia akur dan tegakkan diri. Wajah Arzhael tidak lagi tegang seperti tadi. Sebaliknya, riak redup yang menjamah matanya.

Kotak first aid diletak sebelah Calia lalu dibuka. Gunting kecil diambil dan bahagian bahu baju Calia digunting.

Dia hanya membiarkan kelakuan Arzhael. Jujur, dia pun sebenarnya dah lupa yang dia tercedera. Peluru di dalam isi hanya terduduk diam tanpa rasa sakit.

Bagi Arzhael dan Calia, perkara ini tidak normal di mata orang lain tapi satu kebiasaan bagi mereka memandangkan kerja mereka yang berisiko tinggi.

Arzhael tekan sedikit bahagian luka itu. Calia mendesis.

" Tahu pulak sakit. Abang ingat tak rasa apa-apa dah. Tengok kuat sangat tadi " sinis. Calia hanya diam. Bibir bawah digigit.

Forsep diambil dan dia steril menggunakan alcohol pad. Calia lihat lagi. Dia tahu langkah seterusnya dan dia cukup tak suka part ini. Ngeri. 

Calia alih pandangan ke kanan. Tidak mahu lihat. Sekeras-keras hatinya, dia tetap rasa seriau lihat depan mata. Selalunya dia hanya dibius atau dalam keadaan separa sedar.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now