25

385 33 20
                                    

Pintu kecemasan ditolak kasar. Dia tergesa-gesa turun melalui tangga kecemasan. Tidak berfikir panjang hendak menggunakan lif. Nafasnya tercungap-cungap. Terbongkok-bongkok dia mengatur nafasnya.

" Aishh !! ni tingkat 1 " rungutnya keras. Rambut diruap kasar. Sapaan dari pekerja yang menegur tidak dihiraukan. Matanya menangkap kelibat Calia yang baru sahaja keluar dari lif di ground floor. Hampir menuju ke pintu utama.

" Think Hael, think ! " bisiknya perlahan. Mata terpandang banner bunting besar yang tergantung di tepi dinding. Tanpa berfikir panjang, dia menggunakan kemahirannya sebagai ejen dan melompat lalu meluncur ke bawah dengan sekelip mata.

Ternganga mulut semua orang melihat kelakuan anak CEO syarikat itu.

Dengan serta-merta, Arzhael terpacak tegak di hadapan Calia. Terbeliak mata Calia dengan kehadiran jejaka itu dihadapannya. Kepalanya bergerak melihat sekeliling. Bagaimana ? Dari mana ?

" Ap- " sekali lagi katanya mati separuh jalan apabila tapak tangan Arzhael naik di hadapannya.

" HAAAA... HAAAA.. HMMM.. KE..KEJAP..HAA. BAGI AKU KUMPUL NAFAS DAHULU " pinta Arzhael. Dadanya naik turun seiring dengan nafasnya yang beransur-ansur normal.

Menuruni tangga dari tingkat 28 kemudian dari tingkat 1 melompat turun melalui banner bunting. Tercabar sungguh staminanya pada hari itu.

Calia yang masih bingung memandang sekeliling. " Kau... kau slide dari banner tu ? " soalnya dengan gugup. Berharap tekaannya salah.

Arzhael menarik senyum nakal dan mencekak pinggang " Anytime for you, darling "  Eh, salah bukan itu yang aku nak cakap.

Spontan Calia berdecit menyampah dan menjulingkan matanya. Dia mengatur langkah hendak meninggalkan Arzhael.

" Kejap, Calia " sekali lagi begnya ditarik oleh Arzhael.

" Tsk.. kau ni memang suka tarik beg aku kan " Calia mendengus kasar. Dah lah dia ada beg tu satu sahaja.

" Sorry. Yang kau nampak tadi. Its not like what you think " lembut bicaranya. Nafas masih tersekat-sekat. Berharap gadis di hadapannya faham dan mahu mendengar penjelasannya.

Calia merenung redup padanya.  Peluh merecik di sisi wajah. Hanya kerana itu dia bersusah payah mengejar. Kenapa ? Dia bukan siapa-siapa pada Arzhael.

Tatapan matanya tertancap pada kemeja putih yang basah. Lekuk-lekuk badan terbentuk oleh keringat. Pandangannya dialih serta-merta.

Telinganya berbahang bertukar merah menandakan perubahan suhu di bahagian wajah. Mujur sahaja mukanya tidak cepat memerah dan kedua belah telinga tertutup oleh rambut lebatnya.

" Kau okay ? " soalnya apabila dia menyedari Calia yang diam. Dia mengintai wajah Calia dari bawah kerana ketinggian mereka yang jauh beza.

Calia angguk dan angkat muka. Riak muka beku dipapar. Dia tidak mahu perasaan asing itu menjengah hatinya lagi.

" Aku tak kisah kau buat apa. You are a grown man. Hal peribadi kau bukan urusan aku. Tapi, doing that with a woman. In your office ? Aku rasa tidak wajar. Sedalam mana pun cinta kau... pada perempuan tu. Tidak bermaksud kau boleh buat benda tu di tempat kau cari rezeki. Nasib baik aku yang masuk. Bayangkan kalau parents kau yang masuk " omelnya panjang.

Sengaja dia berkata-kata begitu. Salah tetap salah walaupun dia tidak suka melihat perempuan diperlakukan seperti barang. Walaupun dia tahu perangai Taalia yang sebenar.

Arzhael berkerut muka dan menggeleng perlahan " No.. no liebchen. You don't get it. Aku dengan perempuan tu tak ada apa-apa pun. She is the one yang kacau aku. " Arzhael mula panik. Dia cemas mendengar percakapan Calia tadi.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now