32

361 28 14
                                    

DALAM rancak berbual, mereka tidak perasan akan kedatangan seseorang yang mendekat dengan laju membawa perasan marah.

" DASAR PEREMPUAN LORONG ! "

PANG !

" Ya Allah, cik.. " wanita bernama Nasha itu turut tergamam apabila ada orang datang dengan mengejut dan bertindak menampar Calia.

Calia angkat muka. Pijar pipinya oleh tamparan yang tiba-tiba hinggap. Bibirnya dijilat sekilas dapat dirasakan bibirnya pecah. Boleh tahan kuat perempuan tua ni .

" Puan ! puan ni dah.. " terhenti kata Nasha apabila Calia melihatnya dan menggeleng perlahan. Dia tidak mahu Nasha yang sarat termasuk dalam ulahan ini.

" Akak.. akak pergi dahulu ya. " pujuk Calia. Nasha angguk patuh pada arahan majikannya.

" Hei ! perempuan sial. Kau ni kan. Tak sah kalau tak buat anak aku sengsara kan. Dasar tak sedar untung betul. Setan lah kau ni ! " jari naik menunding ke muka Calia.

Pelajar-pelajar yang lalu lalang mula berhenti di hadapan taman itu. Nasib baik masih cuti semester, tak ramai yang ada waktu itu.

Calia tarik nafas. Dia tidak mahu terlepas baran disitu. Masih ada hormatnya pada wanita ini, hanya kerana dia kakak kepada ibunya.

" Aunty Saidah.. saya tak tahu kenapa aunty tampar saya tapi rasanya saya ada hak untuk minta aunty pergi dari sini. Dalam akademi ni, orang luar tidak dibenarkan masuk termasuk aunty. " bidas Calia. Sengaja dia berbasa basi. Tidak mahu membesarkan hal walaupun dia yang dipukul secara tiba-tiba.

Puan Saidah bertambah bengang. Malu pun ada. Dia menyangka anak ini akan memberontak melawan dengannya. Tapi hal yang sebaliknya berlaku.

" Kenapa ?! kau takut tembelang kau pecah kat sini ? sebab tu kau halau aku kan " bahasnya lagi. Kali ini suara tua itu tinggi melangit.

Calia tarik nafas dalam-dalam lagi kemudian hembus. Bibir dikemam tanda dia mulai membaran. ' Rilek Calia rilek, jangan goyah '

" Baik. Apa salah saya, saya pun nak tahu juga apa sebab aunty pukul saya." Tangan naik melipat ke dada. Mata hazelnya merenung ke dalam mata coklat Puan Saidah.

" Sebab anak aku Taalia. Kau penyebab anak aku sakit "

Calia mendengus kemudian dia senyum sinis. Perempuan ni lagi.

" Yes. Go on, apa saya yang dah buat kat dia " tenang dia bicara.

" Berlagak kau kan ! anak aku tu sakit hati sebab kau lah. Kau mesti hasut Hael tu kan supaya dia nampak Taalia buruk dan kau yang baik. Walhal, kau tu kotor dan jijik. Tak cukup harta adik aku kau nak kikis, harta si Hael tu pun kau nak. Tamak ! " senafas Puan Saidah mengherdik padanya. Dada berombak naik turun. Sakit hati melihat anak kesayangannya diperlakukan sebegitu. Anaknya yang setanding dengan Arzhael bukan perempuan kotor ni.

Dahi Calia berlapis seribu. Batang hidungnya dipicit. Sejak lelaki itu hadir, hidupnya terganggu dari setiap penjuru. Akademi, kerjanya sekarang anak ibu saudaranya. Semua lelaki itu kacau.

" Apa yang dia lakukan bukan urusan saya. Dia bukan suami saya bukan juga keluarga saya. Lagipun, Aunty dah tanya Taalia ke kenapa Hael buat benda tu kat dia. Saya yakin anak aunty yang buat hal terlebih dahulu " dalam tak sedar Calia membela Arzhael walaupun dia tak tahu apa yang Arzhael telah lakukan.

Bukan dia tak tahu Taalia tu memang liar dari dulu. Dia sengaja tutup mata malas nak masuk campur.

Tanpa Calia perasan, seseorang yang memerhati dari jauh tersenyum lebar. Bangga dibela.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now