49

204 25 0
                                    

TANGAN dicuci kasar dengan sabun seusai menggunakan tandas. Digosok-gosok seiring dengan perasaan yang sebal.

" Menyampah !!! ingat ada duit banyak, boleh beli macam-macam lah. Dia tak tahu ke bila-bila masa je semua tu boleh ditarik. Nak beli cincin, beli biasa-biasa je lah. Bagi macam tu, memang tak lah aku pakai hari-hari " omelnya seorang diri. Tisu ditarik dari tempatnya lalu mengelap tangan kemudian dibuang ke tong sampah. Ambil lagi sehelai tisu, lap bajunya yang terkena percikan air.

" Ada lagi kau ni. Aku ingat dah kena angkut ambulans tadi " Calia angkat muka tengok pantulan cermin.

Calia pusing dan tengok Taalia atas bawah kemudian dia senyum sinis. Dah berani main nyawa sekarang ya.

" Oh, sedap teh tu. Thank you " ayat sarkastik dibalas pada si sepupu angkat.

Rahang Taalia bergerak-gerak tahan marah. dia melangkah mendekati Calia. Bertentang empat mata dengannya.

Bahu Calia ditunjal " Kau buat apa kat sini ha ! tempat ni bukan untuk perempuan kotor macam kau. Tercemar udara oleh kehadiran kau ni. BUSUK ! " herdik Taalia seraya menutup hidungnya seolah-olah menahan bau busuk.

" ke kau dah jumpa bapak ayam jaga kau. Yalah, nak masuk tempat macam ni perlu cable kuat. Kau ni setakat lecturer tumpang je kat akademi tu " sambung mencaci Calia.

Calia tayang riak tenang.

" Hahahaha, kau cakap pasal aku ke diri kau sekarang ni ?  Maklumlah, 'kawan' kau kan bersepah. Eh, of course lah pasal kau kan. The world only revolves around you, right sugarplum" Calia pulang paku keras. Berpeluk tubuh sambil lihat Talia atas bawah.

Kali ni dia tidak mahu berdiam diri. Selalunya dia mengalah kerana ada kehadiran keluarga di sisi dan dia tidak mahu hubungan mereka terjejas kerananya.

Bungkam Taalia seketika. Sugarplum, nama panggilannya ketika dia 'beramah mesra' dengan golongan atasan. Untuk apa ? sudah tentu duit, status dan kuasa. Tapi dia tidak serahkan badan. Hanya 'ringan-ringan' saja.

Emosi Taali mencanak tatkala musuhnya tahu apa yang dia lakukan di belakang orang ramai. Laju tangan Taalia naik ingin menampar Calia tapi sempat ditahan olehnya.

" Dah tak ada cara lain ke nak balas ? Tampar then kita tarik rambut ? bosan ! " Dibuang tangan Taalia dari pegangannya dengan kasar. Urgh !! Dia pusing semula hendak mencuci tangan.

Sekali lagi Taalia terkedu. Perempuan yang dikutip oleh Sameeha berani melawannya. Bahu naik turun bengang diperlakukan Calia.

Calia lihat sepupunya yang diam. 
" You should watch your back Taalia, kau tak nak kejadian di camp berulang semula kan or public tau apa yang kau buat. Aku kesiankan kau je, tak boleh pulak cari makan nanti dengan kerja influencer kau tu " ayat berbaur amaran diungkapkan.

Kaki menapak keluar dari restroom meninggalkan Taalia. Tak sampai sesaat dia melangkah keluar. Kedengaran kuat suara Taalia menjerit. Calia menoleh belakang.

"ARGHHH !! TOLONG !! PENCURI !! SECURITY SECURITY " Taalia menjerit di luar restroom lantas menyebabkan orang sekeliling melihat ke arahnya.

Calia mengerut kening. Dia kehairanan memandang Taalia yang kusut masai dan bajunya yang koyak. Bila masa pulak kita orang gaduh ?

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now