21

407 33 9
                                    

Jeritan kuat bergema di rumah agam itu. Daeng Jasmine dan Arwan Nayeef hanya melihat gelagat anak mereka dari gazebo. Mereka duduk santai sambil menikmati air teh dan kuih-muih.

Kedua-dua kakinya dipegang oleh Zavian. Badan abangnya ditonggeng seperti ikan yang baru ditangkap.

Terawang-awang badan Arzhael di permukaan air kolam. Declan dan Roan duduk bersila memandang abang mereka dari sisi kolam.

Mereka sedia maklum banyak orang yang menjadikan keluarga mereka sebagai sasaran. Tatkala dia memeriksa satu persatu dashcam kenderaan kepunyaan mereka. Matanya menangkap kelibat abangnya memanjat pagar rumah aunty Sameeha dan menceroboh bilik anak sulung keluarga itu.

Dia tersenyum sinis. Akalnya datang untuk mengenakan abangnya lantas dia memanggil adik kembarnya Zavian.

'' WOI !! LEPASLAH, aku tak buat apa-apa pun lah kat Calia '' jeritnya kuat. Meronta-ronta badannya berusaha ingin melepaskan diri. Rambutnya dah basah separuh akibat dicelup sedikit oleh Zavian.

'' Abang, kita ada agama. Yang kau hendap anak dara orang sampai masuk bilik dia kenapa '' tegur Zavian dengan keras. Antara anak-anak Arwan, Zavian amat tegas dalam hal ini sehingga digelar ustaz oleh adik beradiknya. Ini disebabkan, Zavian rapat dengan arwah atoknya yang sangat menitikberatkan hal-hal begini.

'' Aku dah kata kan, aku pergi sebab time oncall dengan dia tiba-tiba talian putus. Aku tak fikir panjang. Aku terus pergi rumah dia. Aku risau tau tak. R.I.S.A.U '' perkataan itu dieja satu persatu bagi membela dirinya.

Ya, dia khilaf tapi tidak sengaja. Apa-apa hal berkaitan Calia, badan dia automatik bergerak dahulu. Fikir rasional belakang cerita.

'' Dah dah. Bian Declan Roan. Lepaskan abang kamu tu '' Arwan mencelah apabila melihat tiada kesudahan pada pembulian itu.

BUSH !

'' Hoi ! yang kau lepaskan abang Hael dalam air tu kenapa. Ya Allah '' tempik Roan. Declan ketawa besar sehingga terbongkok-bongkok.

'' Dah daddy kata lepaskan, aku lepas lah '' jawab Zavian dengan acuh tak acuh dan bahu diangkat.

Roan menggeleng kepala. Dia menundukkan badannya dan menghulurkan tangan pada abangnya dari tepi kolam.

'' HAA!! bod*h punya adik '' tangan Roan disambut dan badannya ditarik keluar dari kolam.

Dah lah dia hanya memakai t-shirt hitam nipis dan seluar suku. Hujung bajunya diperah dan rambutnya yang basah ditolak ke belakang. Terserlah dengan jelas barisan roti-roti kerana bajunya yang melekat di badan.

'' Aunty Sameeha bagi greenlight untuk kamu kenal dengan Calia bukan bermaksud dia bagi izin benda lain tau. Kalau dia tahu dengan perbuatan kamu ni, jangankan nak jadi suami, bayang-bayang Calia pun kamu tak nampak tau '' perli mummynya.

Arzhael hanya mencebik. Malas nak membalas cakap mummy. Dia tidak mahu memberitahu pada sesiapa akan keadaan Calia pada malam itu. Padanya itu ialah rahsia Calia yang perlu dijaga rapi.

'' Jangan nak buat lagi Hael. Fikir dahulu sebelum buat apa-apa keputusan '' tegur daddynya pulak. Kuih di tangan disuap ke mulut. Santai.

'' Eleh cakap kat anak pulak, dia pun sama juga. Abang tu ceroboh bilik saya juga dulu, siap kunci bilik sebab saya tak nak kah-.. ummp '' mulut isterinya disumbat sebiji kuih.

'' Makan. Kunyah. Tak payah nak cakap pasal hal dulu '' Daeng Jasmine mengunyah makanan sambil senyum sinis. ' takut ler tu ' getus hatinya.

'' Aba bearr !!! '' kedengaran suara cilik menjerit dan berlari dari jauh. Badan kecik itu melompat naik ke riba toknya.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now