51

151 9 0
                                        

TANGAN diramas-ramas resah atas riba

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

TANGAN diramas-ramas resah atas riba. Sejuk penghawa dingin tidak melawan kesejukan dirinya yang gelisah seperti cacing kepanasan.

Inai merah di tangan ditilik. Gaun labuh berwarna putih yang tersarung dibadannya ditilik. Cantik dan indah pada matanya. Hasil tangan Enaya tidak pernah mengecewakan.

Tak sampai sesaat mengamati kecantikan pakaiannya. Perut pulak rasa sebu. Nak muntah, tapi dia dah berpakaian lengkap. Kaki pula digoncang-goncang.

" No no, aku tak boleh macam ni " pipi ditepuk-tepuk hingga merah. Mahu menyedarkan diri. Geleng kepala ke kiri dan kanan. Berdiri berjalan ke arah cermin di hadapannya.

" Cantik " badannya digerak ke kiri dan kanan lagak puteri. Tidak pernah terdetik di hatinya yang mana akan ada saat dia mempunyai detik-detik ini.

" Naira, akak layak untuk rasa bahagia ni... kan " ucapnya perlahan. Sungguh perasaannya bercampur baur saat ini. Rasa tidak layak untuk gembira tapi dia mahu terus merasakan semua ini. Cinta suaminya dan kasih sayang dari keluarganya. Dia menjadi tamak untuk mendapatkan kasih sayang.

Tersenyum lebar seorang diri. Tidak puas memerhati diri menjadi ratu sehari. Walaupun majlis waktu malam. Boleh lah kan.

" Ehem " Arzhael berdeham setelah memerhati isterinya yang dari tadi khusyuk menilik diri.

Ternaik bahu terkejut dek suami. Tapi tetap dia angkat wajahnya. Menatap si suami yang tengah berjalan ke arahnya.

Lengkap berpakaian tuksedo baldu sedondon dengannya sekaligus menampakkan bentuk badan yang sasa dan bahu yang lebar menyerlahkan lagi kegagahannya.

Bertali leher warna royal blue dan brooch bertatahkan batu permata berkilau dipin pada dadanya. Rambutnya disikat kemas menampakkan sisi gentleman Arzhael.

Di lengan pulak ada cufflink berwarna kuning kehijauan.

Ralit memerhati suami yang tampan bak pangeran, senyum lebar. Sedunya kembali.

" Hik.. hik.. " Calia tutup mulutnya cepat. Arzhael yang berdiri di hadapannya tercengang.

" Aik, abang tak buat apa-apa lagi " usiknya pada si isteri. Calia pukul lengan Arzhael. Cepat-cepat dia gapai botol air atas meja lalu diminum.

Mata menjegil konon marahkan si dia.
" Eh jangan muncung-muncung. Tak molek. Tapi di mata abang, sayang sentiasa cantik "

" Mulut tu jangan nak manis sangat boleh tak ? " jari cucuk lekuk pipi Arzhael. Dia ni kalau tak tumpah gula tak sah.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang