DING DONG ! DING DONG !
kedengaran loceng di pagar utama ditekan bertalu-talu.Pintu utama dibuka, matanya melihat ke luar. tiada sesiapa.
'' Siapa tu mama ? '' Taalia bertanya apabila dia melihat Puan Saidah berdiri tegak di pintu tanpa suara. Dia berjalan mendekati mamanya.
Puan Saidah mengangkat bahu.
'' Entah, mama buka pintu tadi takde orang pun'' kali ini dia bergerak ke arah pagar besar pulak.Hendak memastikan tiada orang di luar rumah. Takut pulak dengan kes menghendap yang berlaku akhir-akhir ini.
Taalia berdiri berdekatan dengan Puan Saidah. Kepalanya memanjang sebelum matanya bergerak ke bawah.
Ada satu kotak sederhana besar. Cantik kotaknya berwarna pink dan diikat tali hitam. Agak tersorok sebenarnya kedudukan kotak itu. sebab itu diorang tak perasan dari tadi.
Pagar ditolak ke hadapan lalu melangkah keluar dan kotak diambil. Tak berat tak juga ringan.
'' Kotak apa tu Taalia '' Puan Saidah bertanya sebaik sahaja Taalia masuk ke rumah dan duduk di sofa.
'' Tak tahu mama. Rasa takut pulak nak buka tapi cantik kan kotak ni. Smells nice pulak tu '' teruja pulak hatinya hendak membuka kotak itu. Tiada langsung rasa curiga.
Puan saidah mengambil kad yang tertulis
' From - A ' dan disua ke hadapan Taalia.'' Oh my gosh, dari Hael ke ? '' Taalia melompat keriangan.
'' See, mama dah cakap kan. Apa yang mama buat haritu tindakan yang betul. Taalia tak percaya. Mama dah agak, dia mesti berpura-pura je depan Calia tu. Dia nak pergunakan Calia je. Padahal dia sukakan kamu '' Puan Saidah berkata bangga. Siapa je tak suka anaknya. Banyak dah orang nak peristerikan anaknya tetapi semua ditolak kerana dia beranggap anaknya hanya layak untuk orang seperti Arzhael.Kotak itu digoncang perlahan, tiada bunyi kedengaran.
'' Dia nak minta maaf kot mama, sebab tu dia letak kotak ni camtu je. Malu gamaknya kan ''
laju puan saidah angguk
'' buka lah, mama pun nak tengok ''Taalia menarik tali dengan perlahan-lahan. Hati dah berbunga-bunga. Gembira sehingga langit ke tujuh. Namun senyumannya memudar apabila dia melihat isi kotak itu. Ada patung ikan kembung yang sederhana besar saiznya.
Taalia dan mamanya saling berpandangan. hairan. Tiba-tiba...
POFF!!
Patung itu meletup memercikkan cairan merah pekat ke arah Taalia dan mamanya.
'' ARGHHH !!! '' Taalia dan puan saidah menjerit kuat serentak sejurus sahaja mereka nampak badan mereka berlumuran darah ikan.
Bau hanyir memenuhi ruangan itu. Bergeman kuat jeritan anak beranak di dalam rumah besar itu.Sepasang mata melihat keadaan dalam rumah melalui binokular, dia ketawa kecil manakala seorang lagi fokus merakam menggunakan telefon bimbit. Mereka tengah bersembunyi di dalam kereta, tidak jauh dari kediaman Taalia.
'' Uncle Chong, rakam bagus-bagus. Saya nak bagi tengok saya punya abang ''
'' Haiyya, ah chai. Gua manatau rakam-rakam. Tangan saya pun manyak gegar '' rungut uncle chong. Dia dah tua, manalah nak tahu hal gadget ni.
'' Ahaha, mari sini uncle. Saya tengok '' telefon diambil lalu dia melihat rakaman semula. Setelah puas hati, dia menghantar rakaman tersebut ke Whatsapp abangnya.
Uncle Chong memandang ke luar. Dia mula faham kenapa Declan minta sebalang darah ikan dengannya. mlMentang-mentang dia kerja tukang siang ikan di pasar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romance⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...