1

1.1K 46 2
                                        

" MEOW... meow " tapak kaki berbulu itu menguis rambut tuannya yang sedang lena. Diam tidak berkutik.

" Meow... meow " tuannya menggerakkan tangan membelai bulu gebu itu seketika dan ditolak jatuh dari badannya. " Urgh.. Diva.. don't disturb me " suara serak itu mengarah.

Selalunya dia akan ke gym lepas subuh tapi katilnya yang selesa tadi seperti memanggil-manggil untuk tidur semula.

Kuku tajam dikeluarkan dan...

SHING !!

" MRAWRRR !!! "
" OUCH ! DIVA !" laju sahaja tuannya duduk menegak di katil apabila terasa pedih dicakar.

" Aduh ! apsal you ni Diva. Pagi-pagi dah cakar i " diusap-usap lengannya, nasib baik tak berdarah. Dia melihat ke arah tingkap dah terang benderang. Tangannya meraba-raba katil mencari Samsung Galaxy Foldnya yang entah hilang ke mana.

" Haish, mana plak fon ni " diruap kasar rambutnya yang macam singa setiap kali bangun pagi. Masalah rambut tebal.

" Diva, fon i mana... hish.. you main kan " dituduhnya Diva si kucing. Diva buat bodoh sambil menjilat-jilat bulu, menunggu tuannya yang slow ni. Dia tak tau ke sekarang ni waktu makan seekor Diva .

" Lah, bawah ni rupanya " telefon terbang sampai bawah katil. Nasib baik tak pecah. Matanya terbeliak sedikit. Ya Allah, jam 8 pagi !!?

Lantas dia berlari-lari anak mengambil tuala dan masuk ke bilik air.

Diva mencakar-cakar pintu " MRAWRR " . Pintu tandas dibuka . " Diva, tak cukup lengan i you cakar, pintu i pun nak cakar jugak. Tepi sikit." Diangkat perlahan badan montel itu menggunakan kakinya ke tepi lalu dia masuk ke wardrobe room.

Tuannya dah lupa nak bagi makan. Hmm..hampeh

" Done " katanya setelah rambutnya diikat menggunakan ribbon. Hari ni, in mood for imut-imut

" Alright, today i'll be okay too " gumamnya perlahan pada dirinya sambil tangannya diletakkan pada dadanya, seakan-akan menenangkan diri. Rutin harian yang dia tidak tinggalkan.

Pintu bilik dibuka lalu menuruni tangga

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Pintu bilik dibuka lalu menuruni tangga. Diva membontot tuannya dari belakang.

" Kak Mary, tolong bagi makan Diva. Calia tak sempat nak bagi dia tadi " pinta Calia pada pembantu rumah mereka seraya dia mendukung Diva, kucing british shorthair kesayangannya.

" Meh, shayang mummy dulu. Muahh.. muah " digomol bulu habuk itu semahu-mahunya. Geram !

" MRAWR " kaki berbulu itu menahan muka Calia sekaligus menghentikan ciuman Calia.

" Rawr rawr sangat dari tadi, nak cium sikit pun susah... you dah lah cakar i tadi. Buang you karang. Nah, kak Mary "  Diva diberi kepadanya.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang