24

328 33 7
                                    

PANG !!

Pintu terbuka luas apabila dibuka kasar. Arzhael berdecit kuat ketika retina mata menangkap kelibat dihadapannya. Yang diharapkan bidadari hati bukan mak lampir. 

Kepalanya kembali menunduk membacadan menulis dokumen di atas meja.

" Kau nak apa Taalia. Macam mana kau boleh masuk " pertanyaan bernada keras dan dingin dilontarkan tanpa melihat wanita itu.

" Setiausaha you tiada kat luar tu. I masuk lah "
Arzhael berdecit geram. Boleh pulak dia lupa pembantunya itu cuti sakit hari ni. Patutlah main sergah pintu saja. 

Taalia tersenyum lalu mendekati Arzhael yang duduk segak di hadapannya. Tidak ada satu masa pun lelaki itu hilang dari fikirannya. Kacak, berwibawa, berstatus tinggi dan kaya.

Hatinya menangkap cintan sebaik sahaja dia bertemu dengan jejaka itu di salah satu majlis korporat. Nasib menyebelahi apabila mengetahui lelaki itu adalah anak rakan bisnes ayahnya. Sejak itu, dia yakin Arzhael Arwan ialah lelaki yang setaraf dengannya dan dia setaraf untuknya.

Arzhael memandang sekilas. Dengan perfume yang semerbak kemenyan dan pakaian yang menjolok mata. Mata Arzhael dijamu dengan paha gebu Taalia apabila dia duduk di sisi meja. Taalia senyum sinis. Tipikal lelaki.

" Kerusi ada depan meja ni Taalia " ujarnya datar. Taalia tidak terasa sedikit pun dengan nada itu. Malah dia merasakan suara itu sangat mengancam dan hot sehingga jiwa wanitanya bergelora.

" I nak duduk kat sini. Dekat sikit dengan you " suaranya dileret . Panggilan i-you digunakan untuk menggoda Arzhael.

Arzhael membuang pandangan. Jijik ! itu perasaannya sekarang tatkala melihat aurat dan mendengar suara Taalia. Dia tidak prejudis pada pakaiannya. Itu hak wanita itu. Yang dia tidak suka apabila Taalia menayangkan asetnya sesuka hati dan merendahkan maruahnya. Bukan dia tidak tahu Taalia ada perasaan padanya bertahun lamanya. Tetapi dia hanya diamkan sahaja. Malas nak ambil tahu. Lain lah kalau Calia.

Terlintas sahaja nama itu di fikirannya lantas bibirnya naik mengukir senyuman kecil. Hatinya seperti di awang-awang.

" You.. " lirih suaranya. Senyuman Arzhael mati, matanya tajam melihat Taalia yang menggeletis. ' Kacau lah ulat ni '

Badan dibongkokkan sedikit mendekat ke wajah Arzhael. Ingin menggoda Arzhael dengan aura kewanitaannya. Tangannya naik ingin menyentuh rahang seksi lelaki itu.

" KAU ! "

KERETA diparking lalu dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Dekorasi bangunan yang  bertemakan hitam dan emas sangat menarik perhatiannya. Tidak sangka ada bangunan yang secantik dan mewah sebegini di tengah-tengah kota. Matanya tertumpu sepenuhnya pada chandelier yang besar di tengah lobi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now