28

420 29 13
                                    

" Assalammualaikum ! Safiyyah.. Safiyyah " tangannya mengetuk pintu apartment itu berulang kali. Badannya yang basah oleh hujan diusap berkali-kali untuk menghasilkan haba badan.

Sekali lagi dia mengetuk pintu itu. Berharap sahabat karibnya berada di rumah. Tidak lama kemudian, pintu rumah terbuka.

" Nuha ? " matanya membesar tika dia melihat sekujur badan berdiri di hadapannya dalam keadaan basah lencun.

" Sa.. Safiyyah. Tolong aku " tergagap-gagap suaranya meminta tolong. Dia berusaha menahan esakkan tangisannya.

" Masuk cepat. Hujan ni." bahu Nuha dirangkul dan dipapah masuk ke dalam rumah.

" Duduk sini dulu. Kejap aku ambil tuala untuk kau " ujarnya lalu bergerak ke arah almari.

Safiyyah duduk di sebelahnya semula sambil tangannya mengelap muka dan badan Nuha.
" Angkat tangan kau. Kena tukar baju ni, kau demam nanti " arahnya lagi. Baju bersih diberikan pada Nuha.

Nuha menggeleng kepala.

" Tak payah nak fikir malu lah. Macam lah kita baru kawan semalam. Masuk tandas tu kot kot lah urat malu kau tu bersambung semula " Nuha kertap bibir lalu menjeling tajam. Kawannya ni tidak bertapis langsung. Langkah di atur ke arah bilik mandi.

Safiyyah bergerak lagi mengambil kotak first aid di almarinya dan duduk di birai katil.

Nuha duduk disebelahnya seusai saja dia membersihkan dirinya.

" Meh tangan kau " ujarnya lembut. Safiyyah kacip gigi melihat tangan mulus itu penuh dengan calar dan luka. Dia dapat agak apa yang menimpa Nuha tapi dia diamkan sahaja sambil merawat tangan Nuha.

" Berbaloi juga kau belajar jadi doktor ni ya. Pandai kau balut tangan aku " perli Nuha. Senyum kelat diukir di bibir. Sesekali dia menyeringai sakit bila Safiyyah sengaja menekan luka si kawan. Geram.

Safiyyah menatap iris hijau keemasan milik rakannya. Kemudian turun menilik diri Nuha. Kecil dan kurus orangnya. Serupa tak cukup makan. Tapi tidak dapat menutup kecantikkan semulajadinya. Kalau dijaga dengan betul, berbaris orang nakkan dia. Berkemungkinan ada yang obses dengannya. Darah mix lah katakan.

" Dah kenapa kau tengok aku macam tu. Seram okay " Nuha menutup badannya menggunakan bantal kecil. Sengaja mahu menyakat.

Safiyyah mendecit geram. Dalam situasi macam ni pun boleh dia bergurau.

" Mind explaining what happen ? " kotak first aid dikemas dan ditutup lalu diletak ke tepi.

Nuha tunduk merenung balutan di tangannya. Masih sakit dan rasa pedih. Tapi apa lah sangat sakit itu berbanding perit di hatinya.

" Ba.. babah halau aku " suaranya serak memberitahu. Air mata jatuh setitik demi setitik. Dia tahu lambat laun hal ini akan berlaku kerana babahnya tidak pernah menganggap dia sebagai anaknya walhal dia darah dagingnya.

" WHAT ?!! " naik senada suara Safiyyah. Tidak percaya akan apa yang baru didengarinya. Bukan dia tidak tahu Nuha ni selalu sangat didera babahnya. Entah apa yang dibencinya sangat pada anak sulungnya ini.

Nuha ni saja husnuzon yang babahnya akan berubah. Berubah apanya. Gara-gara dia, Nuha tak pernah bersekolah.

Nasib baik Nuha ni sukakan buku. Dia belajar membaca dan menulis dengan sendiri melalui buku yang dibawanya setiap kali mereka berjumpa di taman berdekatan rumah Nuha. Malah dia merasakan Nuha lebih cerdik darinya padahal dia bersekolah dari kecil.

" Bila ? Why ? " soal Safiyyah dengan berhati-hati. Hatinya turut sakit mendengar berita itu. Ibarat cubit paha kanan paha kiri juga terasa.

" Hari ni.. aku tak tahu nak pergi mana. Aku.. terus jalan kaki pergi rumah kau. Babah cakap Naira mati sebab aku. Mama masuk hospital sebab aku. Betul ke Safiyyah ? Aku ni memang bawa malang kan " beritahunya lagi dengan tangisan tanpa bunyi.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now