" Nak ! "
" Tak boleh "
" Nak juga ! "
" Abang kata tak boleh, tak boleh lah sayang " tegahnya lagi. Suara ditahan supaya tidak meninggi.
" Eeee.. Calia kata nak ikut nak lah ! " bentaknya lagi. Dia peluk tubuh dengan muka garang.
Nak tergelak Arzhael melihat isterinya. Di badan, tersarung baju besar miliknya dan kain batik milik Yana. Itupun lepas dipaksanya si isteri untuk berkain batik agar lukanya tidak bergeser. Takkan nak berseluar pendek pulak. Sekarang mereka bukan berada di rumah mereka. Eh.. bakal rumah.
" Abanggg nak ikut. Calia tak sakit lah. " rayunya lagi. Suaminya ke kiri dia ikut, suaminya ke kanan pun dia ikut. Nasib baiklah mereka berdua sahaja di bilik hotel itu.
Arzhael mengeluh berat. Dia duduk di sofa. Calia yang berdiri tegak dengan muka monyok dipandang. Tangan sebelah pegang erat kain batik. Nak terlondeh lah tu.
" Mari sini sayang. " gamitnya untuk duduk di sebelahnya. Calia mengeras di hadapan Arzhael. Tanda protes.
" Mírame esposa ( look at me wife ) " mata digerakkan ke atas. Mula dah keluar bahasa asing tu.
Calia lambat-lambat berjalan ke arah sofa hotel itu. Dilabuhkan duduknya dengan perlahan. Mata masih memandang ke arah lain.
" Sayang, dengar abang cakap ni. Sayang tu cedera. Nanti jahitan sayang terbuka. Lagipun kejadian semalam rasanya dah cukup valid untuk abang melarang kan." Arzhael memujuknya dengan perlahan. Dia takut kejadian semalam berulang lagi.
Calia mendengus kasar. Hidung kembang kempis menahan marah.
" Haa.. haaa derhaka ngan suami. Masuk merake nanti " gurau Arzhael.
Berkerut dahi Calia " Merake ? "
Tak pernah-pernah dia dengar ayat tu. Bahasa alien mana lah suaminya dengar.Arzhael tergelak seraya bangun dari sofa. Dia berjalan ke arah meja di dalam bilik hotel mereka. Diatas meja itu ada peralatan yang perlu dibawanya. Diletak satu persatu ke dalam poket vest. Tidak lupa juga, talon baton miliknya. Sekali libas, sakit ibarat dipukul ekor pari. Dagger warna silver pulak disarungkan lalu disisip ke belakang seluar.
Wajah cemberut Calia dapat dilihat melalui pantulan cermin. Dia mengeluh lalu rambut ditolak ke belakang.
" Lagipun, tugasan malam ni tugasan yang berat. Better lelaki yang handle. Kalau perempuan... "
" Kenapa dengan perempuan ? " Arzhael pusing badan perlahan-lahan menghadap Calia yang sedang mencerlung tajam ke arahnya. Alamak, salah cakap.
" Soo.. " Calia menapak mendekatinya dengan perlahan. Setapak demi setapak.
" Kenapa dengan perempuan.. husband ? " kening diangkat sebelah bertanya pada suaminya. Mulut ukir senyuman tapi mata menunjukan yang sebaliknya.
" Ahh.. abang fikir perempuan tak boleh buat tugasan lelaki sebab kami ni golongan yang lemah lembut ? Begitu ke abangku sayang ? " tanganya dilarikan pada lengan berurat Arzhael.
![](https://img.wattpad.com/cover/352726353-288-k371150.jpg)
YOU ARE READING
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romance⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...