'' ..LIA... Calia.. Calia ! '' nada suara tinggi memanggil namanya menyedarkan Calia dari lamunan pada masa lalu.'' Ya ibu... '' gagap suaranya menyambut sapaan. Dia panggung kepala melihat sekeliling. Semua orang memandangnya dengan pandangan tersirat. Dia lupa akan keberadaannya sekarang disebabkan tenggelam dalam memori masa lalu.
'' Do you have any question ? '' Ibu Sameeha bertanya dengan kerutan di dahi. Anaknya ini hanya diam sepanjang meeting bulanan di akademi. Selalunya dia lancang bersuara bertanyakan macam-macam hal sehingga semua orang berpeluh sejuk untuk menjawab.
Calia menggeleng kepala. Dia sebenarnya tidak ada mood. Akhir-akhir ini selalu sangat fikirannya menerawang tanpa arah. Ditambah lagi dengan confession yang dia terima beberapa hari lalu. Celaru betul.
'' Dismiss '' Ibu Sameeha menamatkan meeting itu.
" Calia, bring me the 2 weeks program " arahnya seraya kaki melangkah keluar dari bilik meeting itu.
Calia hanya melihat dan mengangguk faham akan arahan ibunya.
" IBU, here is the schedule for the program. " Calia meletakkan fail nipis di atas meja ibunya. Dia duduk bertenggek di sisi meja kerja Ibu Sameeha. Tangan menyilang ke dada sambil melihat ibunya membelek kertas-kertas fail.
"Hmm.. alright. Someone will come help you this time " bulat mata Calia mendengarnya.
" Maksud ibu ? " dia bertanya kehairanan. Selama ni elok je dia urus program ni seorang diri. Walaupun dia tidak terlibat secara direct.
" Ibu nak claim ' syarat ' ibu " badannya disandar pada kerusi. Kali ini ayatnya bernada sinis pada Calia. Calia menggerakkan mata ke atas dan mengeluh. Kali ini kuasa veto sebagai ibu digunakan.
Syarat ini ialah tiket yang ibunya akan claim pada bila-bila masa. Sebagai tanda memaafkan Calia kesalahan berkenaan tindakan melulu Calia tempoh hari. Pandai pulak ibu negotiate dengan dia. Calia pun terima syarat itu dengan hati yang tak rela. Syarat yang dikenakan ialah Calia mesti menerima seorang lagi rakan sekerja untuk bekerja bersamanya sepanjang tempoh program itu dijalankan.
" Err.. boleh tak ibu tukar syarat ibu tu. Urm, tukar pergi foods ke clothes ke or anything else other than a person " rayu Calia. Kali ni, dia duduk berdepan dengan Ibu Sameeha. Dia tak suka kerja berpartner ni. Misi Uncle Thaqif haritu kira pertama dan terakhir dia ada partner.
" No. Ibu nak kamu ada partner kali ni. Program kita pada tahun ni ada aktiviti tambahan. Dia ada kemahiran yang sama seperti kamu. Dia masuk akademi ni sebab pass test. So tak ada masalah lah kan. Korang boleh agih tugas. Lagipun, kamu kan tak boleh ajar Spanish " tegas arahannya pada Calia.
Calia cebik bibir. Hampir bertaut keningnya. Perlu kah ungkit 'kelemahannya' yang satu itu. Faham Spanish tapi tak boleh ajar sebab pelat.
" Tapi ibu, Calia okay je handle sebelum ni. Takkan lah sebab hal kecil ni, ibu nak Calia ada partner. Ibu tak percaya Calia ke ? " ada nada rajuknya berkata pada ibu. Bibir bawah terjuih sikit.
Ibu Sameeha senyum merenung mimik muka comel itu. Akhir-akhir ini, Calia menunjukkan improvement walaupun masih belum boleh disentuh atau berada dekat dengan orang. Tetapi dia tetap bersyukur. Lebih baik ada daripada tidak ada.
" Itu hal lalu. Tahun ni ibu tengok kamu banyak terlibat misi dengan Thaif tu. Lagi satu, department kamu tu, kamu sorang je. Collapse kamu tu karang " Ibu Sameeha membebel. Stres dia dengan perangai workaholic Calia ni. Menyesal ikutkan kemahuannya dulu. Nasib baik lah tak banyak student dalam department tu. Haihh....

ANDA SEDANG MEMBACA
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romance⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...