30

409 28 18
                                        

SEJURUS sahaja Calia keluar. Arzhael menarik nafas dalam lalu menghembus perlahan-lahan. Arzhael mula fokus melihat pada dokumen di depannya. Walaupun menjadi tenaga pengajar itu hanya lah rancangan untk berada dekat dengan Calia. Dia tetap perlu menjalankan tanggungjawab yang diberi.

Arzhael menggaru-garu kepala. Form di hadapannya ditenung lama. Dahi dah berlipat seribu. Dia pun bingung sebenarnya nak mula dari mana. ' Haih, demi ayang ku relakan '

" Mana pulak pen ni " matanya melilau sekitar meja itu. Laci pertama dibuka. Dia senyum kecil melihat isi laci itu. Penuh dengan balang-balang kecil berisikan gula-gula dan biskut.

"Urghhh... siap pun" Arzhael menggeliat, meregangkan bahunya yang tegang. Hampir 3 jam juga dia nak siapkan tu. Nasib baik ada lesson plan dari Calia.

Jam di tangan dipandang. 5 minit lagi azan Asar akan berkumandang. Dia mengemas kertas-kertas itu dan letakkan di tepi.
" Kat mana nak solat ni.. hmm "

Pandangannya menangkap satu bilik di belakangnya. Dia bangun dan membuka pintu itu.

Di bilik itu, ada 2 buah rak buku besar kiri dan kanan serta 1 sofa panjang di tengah berhadapan tingkap

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Di bilik itu, ada 2 buah rak buku besar kiri dan kanan serta 1 sofa panjang di tengah berhadapan tingkap. Ada telekung berwarna pink digantung pada rak buku. Menandakan ini bilik peribadi Calia. Bau vanilla juga berlegar di ruangan itu.

Duduk dilabuhkan pada sofa itu dan melihat ke luar tingkap. Aman dan damai pemandangan. Tidak hairan lah kalau Calia suka meluangkan masa di bilik ini. Sedikit sebanyak dia mula memahami sifat Calia yang suka bersendirian. 

"Allahuakhbar.. allahuakhbar" azan asar berkumandang dari telefon bimbitnya. Dia bingkas bangun dan masuk ke dalam bilik air.

ARZHAEL tergopoh-gapah bangun. Boleh pulak dia terlelap lama di atas sejadah. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, dia terkesima melihat satu sosok bertelekung berdiri hadapannya.

"Bidadari

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Bidadari.." perkataan itu meluncur perlahan dari mulutnya. Mata digosok-gosok. Mimpi ke realiti ni.

Didepannya, Calia sedang meletakkan makanan di atas meja. Dia masih mengenakan telekung kerana baru sahaja selesai solat beberapa minit yang lalu. Kebetulan makanan yang di pesan sampai. Tak sempat dia membuka telekungnya.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang