48

276 25 0
                                        

POM !!

Kedengaran letupan kecil meletus.
Berkecai habis kepala lelaki itu. Darah dan cebisan daging terpalit mengenai Arzhael. Yang sempat dia hadang hanyalah bahagian kepalanya.

Beberapa saat berlalu. Mencuba cerna apa yang baru sahaja terjadi. Tangan dikibas-kibas membuang isi manusia yang melekat. Jijik dan geli !! lepasni kena buat medical checkup. Entah penyakit apa yang bahenol ni simpan.

Badan dipusingkan perlahan-lahan ke arah Kapten Thaif dan adik-adiknya.

Dahi berkerut seribu melihatkan mereka lengkap berpakaian baju hujan dan payung. Macam dah bersiap-sedia... kejap...

" What the FRICK ??!! korang tahu ??! " bingit suaranya bergema di ruangan itu.

Soalan dibalas anggukan.

Arzhael mendengus kuat. Baju ditanggalkan serta merta menampakkan tubuh badannya yang berotot dan bulky. Hanya memakai seluar sahaja saat ini.

Declan dan Roan buang muka serentak.
" Suka sangat tayang badan." Declan membisik menjadi batu api.

Roan angguk.
"Nyampah nyah " tangan dibengkokkan.

Sebab ? Zavian dan Arzhael dapat tubuh idaman mereka. Declan dan Roan.. disiplin ke laut sikit. Jajan on top.

" Urgh !!! " Arzhael mengelap setiap celah badannya dengan bajunya yang sudah diterbalikkan kemudian dibuang baju itu dalam tong sampah.

" Satu lagi hamba abdi King " Zavian mencangkung di hadapan mayat itu. Bahagian kepala hancur spenuhnya. Hanya bahagian leher dan badan masih utuh.

Arzhael kerut kening.
" Berapa kali dah benda ni jadi ? " soalnya seraya peluk tubuh. Soalan ditujukan kepada Kapten Thaif.

" Hmm... kesemua penjenayah yang kamu bawa ke markas mati dalam keadaan yang sama dan tempoh kurang dari 24 jam. Ada yang dalam beberapa jam seperti mamat ni " badan kaku itu ditolak dengan kakinya. Mata beralih pada anak buahnya yang lain memberi isyarat agar membersihkan ruangan itu.

" Let me guess. Malaun-malaun ni dah sumpah setia dengan King. Sebagai balasan, King tunaikan apa yang mereka nak. " Arzhael memberi pendapat.

Dia sudah tidak hairan. Dalam dunia gelap itu, darah dibalas darah adalah satu perkara 'normal'. Tapi kesetiaan sebegini hanya diperolehi jika balasan yang diberi setimpal dengan nyawa yang ditumbal.

Kapten Thaif yang bergerak keluar dari bilik itu diekori mereka. Anggukan diberi sekali. Pintu bilik mesyuarat ditolak. Masing-masing mengambil tempat.

" Diorang dah tak cacah tatu ke apa sekarang sebagai tanda mereka adalah orang King. Satu bom ditanam dalam gigi geraham mereka sebagai identiti. Once they are caught, that's the end for them " Roan memberitahu seraya menunjukkan gambar di dalam telefon bimbitnya kepada Arzhael.

Arzhael menilik gambar itu. Serpihan bom sebesar microchip dijumpai dalam gigi geraham. Turut dilihat gambar seterusnya yang memaparkan keadaan mangsa yang hancur di bahagian rahang.

" By the way bang, mission yang kau arah tu aku dah setel tau. So, jangan nak suruh aku lead misi lagi " Declan memberitahu.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang