" PERHH... kemain haa along kenakan abang Hael " Eshaal menepuk tangan manakala Enaya pulak menyumbatkan popcorn ke mulut. Pandangan pada skrin ladtop tidak dialihkan walau sesaat. Cerita hot dan sensasi kot.
'' Ish ish along ni. Tak baik buat bakal laki camtu. Sorry lah abang korang kena buli dengan akak kitaorang. Hehe '' Enaya tarik sengih janggal. Agak malu lihat alongnya berperilaku kasar. Nak kena babap along ni.
'' Takpa, biar padan muka ngan abang Hael tu. ingat sweet ke apa buat macam tu. '' kedengaran suara Declan pada speaker fon enaya.
Curious dengan hari pertama Arzhael di akademi. Adik-adik Calia dan Arzhael bersetuju untuk skodeng mereka berdua. Eshaal punyalah panjang akal sampai share live cctv dengan rela hati.
'' Tapi kan, kenapa kak Calia reject abang kitaorang ek. Apa kurang pada abang Hael? duit kepok-kepok. Rupa pun segak. Badan sado. greenflag plak tu. Perangai je lah sengal sikit '' sekali sekala Roan angkat ' saham ' abangnya dalam masa yang sama menganjing.
Enaya dan Eshaal saling berpandangan.
'' Kitaorang pun tak boleh nak cakap apa. Maybe related dengan past along '' sayu suara Eshaal membalas.Along tidak pernah menceritakan masa lalunya. Katanya tidak berbaloi untuk tahu. Cukup kenal diri dia yang sekarang.
'' Teruk ke masa lalu akak Calia '' Roan bertanya semula. Pandangan bersilih ganti dengan abang kembarnya yang duduk di sebelah.
'' Unfortunately, we don't know '' Enaya membalas dengan suara yang rendah. Sungguh, kalau dia ada laci doraemon dia akan patah balik pada masa lalu dan lihat sendiri kehidupan lalu along.
'' Dari POV aku kan. Its not like kak Calia hate abang Hael. Its more to she feel scared to have someone by her side '' Declan pulak menyampuk.
Declan seseorang yang mempunyai instinct tinggi pada perwatakan seseorang. Dia dapat meneka Calia turut mempunyai perasaan yang sama tetapi dia menafikan perasaan itu.
'' To be honest, walaupun dah hidup bersama bertahun-tahun. We can still feel a big barrier around her " keluhan kecil terlepas dari bibir Enaya. Tangan dah berhenti menyuap popcorn.
" Kadang-kadang kan Eshaal rasa along ni hidup hanya nak balas budi kat kitaorang instead of accepting us as a family. Eshaal pernah dibuli di sekolah and i try to defend myself. Instead of blaming her daughter, dia nak pukul Eshaal. Nasib baik along datang cepat and protect Eshaal. Cumanya dalam bergelut tu, dahi along tercalar sebab nenek kebayan tu baling buku hardcover haa. Along protect us too much sehingga diri dia pun dia tak peduli.'' Eshaal pulak menyambung dengan jelas dan panjang lebar.
Nada suaranya merundum jatuh dan bahunya kendur. Sampai ke hari ini, dia rasa serba salah apabila teringat akan hal itu. Nasib baik muka along tak berparut.
Enaya mengusap belakang Eshaal perlahan. dia senyum kecil pada adik bongsunya untuk menenangkan dia.
'' Kadang-kadang masa lalu itu terlalu sakit untuk diungkapkan. Mahu diluah tapi hati perit. Mahu menceritakan tapi takut dikhianat dan dipandang enteng. Macam mana nak berkongsi kalau mengingati sahaja sakitnya lebih dari luka luaran. Besides, tak semua orang dapat peluang kedua. Bila dapat, disia-siakan. Sesetengah pulak, makan diri... macam akak korang. '' Zavian memecahkan hening.
Roan dan Declan memalingkan kepala pada Zavian. Elok diam dari tadi, bila bercakap keluar kata-kata pujangga.
'' Tersakiti sangat kau Bian. Who hurt you. Meh beritahu abe mu '' Declan merangkul bahu Zavian yang lebar dan menepuk kuat.
![](https://img.wattpad.com/cover/352726353-288-k371150.jpg)
YOU ARE READING
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romansa⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...