35

393 25 3
                                        

Subuh buta perut dah berkeroncong. Tengok jam, baru pukul 5.30am. Mengantuk tapi badan tetap bangkit dari katil oleh lapar yang melampau. Dah macam robot.

Tangan membuka pintu peti sejuk di dapur. mata dikelip-kelip. Penutup tupperware dibuka satu persatu. Sayur tumis carrot, salad carrot. Yucks. Bela arnab ke apa kat rumah ni.

Badan direndahkan, duduk bersila depan peti sejuk. Dibongkar lagi peti sejuk itu. Haih, ni lah padah kalau Kak Mary cuti. Bahan mentah ada tapi tak ada yang masak. Semua sibuk dengan kerja masing-masing.

Calia buat muka kemek. Sebutir-butir air matanya jatuh. Orang dah lah period, memang ke laut lah perasaan tu kalau tak ada makanan.

Pandangannya beralih pada satu plastik berwarna gelap. Laju sahaja tangannya membuka balutan itu. Air mata diseka menggunakan belakang tangan. Hidung yang berhingus dilap pakai hujung baju.

Tiga papan coklat Vochelle diletak atas riba dan kad yang diselit bersama dibaca.

Bibir Calia melengkung ke bawah. Hatinya terharu. Tak semena-mena jatuh lagi mutiara jernih.

" Tak habis-habis nak future husband lah, nak kahwin lah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


" Tak habis-habis nak future husband lah, nak kahwin lah. Apa lah kau nampak kat aku ni " bisiknya perlahan. Bahu terhinjut-hinjut tahan esakkan nangis tapi jari mengoyak plastik chocolate. Migrain pun migrain lah.

Sekarang perut dia lapar tahap makan orang, hati pulak cair lebur. air mata pulak boleh jadi lopak depan peti ni.

" Allahuakhbar, along ! " Enaya mengucap panjang. Dadanya disapu berulang kali. Dia turun ke dapur seusai solat subuh. Hampir melayang roh melihat kelibat yang duduk meratah coklat depan peti ais. Dahlah lampu dapur tak buka. Dengan mata merah dan sembap, bibir comot dengan coklat.

" Kenapa an.. uih, tu along ke ? " Enaya angguk pada Eshaal yang berdiri di belakangnya. Kedua mereka masih berpakaian telekung.

" Along.. along okay ? " bibir Calia dikesat pakai tisu.

" Lapar... " dia menjawab dengan tersedu-sedu.

" Oh... along makan coklat ni. Migrain pulak nanti " coklat ditangan Calia hendak diambil tapi ditepis laju oleh Calia.

" Ni Hael along bagi ! " muka berkerut, suara naik senada. Coklat dipeluk rapat ke dada. Marah, ni coklat kita kot.

" Oh okay.. okay. Along period ke ? " Calia angguk, coklat digigit lagi. Padahal kepala dah mula berdenyut-denyut.

Enaya kemam bibir tahan ketawa. Mata Eshaal terbeliak dengan bentakkan Calia. Perangai Calia ketika datang bulan sangat berbeza banding dia normal. Dia lah terpaling semuanya.

Eshaal apa lagi. Rakam dan ambil gambar sembunyi-sembunyi. Nak send dekat abang Hael. Mulut cakap benci, hati kata cinta.

" Kenapa along nangis ni lagi. Macam je kitaorang pukul along " Enaya bertanya. Kali ni dia dan Eshaal pun duduk depan peti ais. Pulak jadi Ajk refrigerator.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang