15 (M)

551 27 4
                                        

Bunyi derapan kasut tumit tingginya bergema seiring dengan kakinya menyelusuri laluan di akademi itu. Matanya fokus sepenuhnya membaca fail di tangannya. Sesekali kaca matanya meluncur turun di pangkal hidung ditolak ke atas sedikit.

'' Hi, Miss Calia '' Seorang pelajar menyapanya sewaktu berselisih dengannya. Calia mengangkat kepalanya lalu mengangguk dan meneruskan perjalanannya.

Seketika kemudian, langkahnya terhenti dan berpatah balik ke arah pelajar tersebut.
'' You tak balik rumah ? sekarang ni kan cuti semester. '' tanyanya pada pelajar perempuan itu.
 
Pelajar itu menggaru-garu kepala, berfikir jawapan yang hendak diberikan. Kepalanya tunduk menekur ke lantai.

'' Eyes on me girl '' arahnya mendatar. Inginkan penjelasan, dia tidak mahu pelajar-pelajarnya membuat onar di akademi itu yang boleh menjejaskan imej akademi itu.

Perlahan-lahan kepala pelajar itu mengangkat kepalanya, menatap iris hazel pensyarah di hadapannya. Sememangnya calia terkenal dengan sikapnya yang tegas tetapi tidak sehingga menindas pelajar. Malah kebanyakkan pelajar hormat dan kagum dengan pensyarah mereka yang satu ini.

'' Sa..saya tak balik miss. saya nak kerja part-time cuti semester ni.'' beritahunya dengan suara yang tersekat-sekat.

'' Kerja ?? Biasiswa kamu tak cukup ke ? tak claim elaun?. Whats your name ? '' bertalu-talu pertanyaan dilontarkan. Tidaklah menjadi satu kesalahan untuk mereka tinggal di asrama sewaktu cuti semester atau bekerja. Yang menjadi masalah ialah, dia tidak mendapat apa-apa memo berkenaan sebarang pelajar pada waktu ini.

'' Alia miss. Alia Abdullah '' lantas telefon pintarnya dikeluarkan dan tangannya menaip nama pelajar tersebut. Segala maklumat berkenaan pelajar itu ditilik dengan teliti. Termasuk keadaan kewangan keluarganya.

'' elaun kamu tak cukup ke ? '' tanyanya semula.

''cu..cukup miss.. cumanya baru-baru ni ayah saya terkena strok dan mama saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga adik-adik dan ayah saya.. saya dah beritahu admin tapi masih belum mendapat apa-apa balasan.'' ada nada sebak dalam jawapannya.

Calia mengeluh nafas pendek, memandang gadis di hadapannya '' kamu nak balik ? ''
Kepalanya diangkat semula dan mengangguk laju. Matanya bergenang air mata terbayang keadaan keluarganya. Lama dia tidak balik ke rumahnya. Dah berbulan-bulan sejak dia berjaya memasuki akademi itu.

Black cardnya dikeluarkan dan diberi kepada Gia yang berada di sampingnya.

'' Make sure she gets home safely. She is one of our honor student. Give her any amount she wants.
i dont want her to work. Increase her allowance and sponsorship each time she excel in her result and.... fire the admin in charge of this. her profile is not updated in the system.'' arahnya dalam bahasa Perancis.

Terpinga-pinga pelajar itu mendengar pensyarahnya bercakap dalam bahasa asing. macam air.

Gia mengangguk faham.

'' take care, i'll see you next semester '' beritahunya pada pelajar itu dan dibalas dengan anggukan kecil.

'' follow me, i'll explain everything '' Gia berkata pada pelajar itu dan berjalan pergi bersama pelajar itu.

Calia hanya memerhati belakang mereka yang makin lama makin menjauh.

'' CALIA ! '' suara maskulin pulak kali ini menyebut namanya. Bebola matanya digerak keatas. Dari suara sahaja dia sudah tahu siapa orang itu. Badan dipusing menghadap orang itu.

'' Buat apa kat sini ''  Farouk, anak Unty Saidah di hadapannya.

'' Hi. i nak jumpa you '' senyuman lebar diberi pada Calia. ni kalau aunty Saidah tahu anaknya datang berjumpa dengannya. Konfem datang serang lagi ni.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang