ARZHAEL berdiri tegak terpinga-pinga seorang diri
" Aik, aku sesat ke ? " katanya perlahan, batang lehernya diusap perlahan.Usai melepaskan hajat di tandas, dia melilau di rumah agam itu. Cantik dan besar. Curiousity level seketul Arzhael sangat tinggi ya. Tanpa disedari, dia tersesat di rumah itu.
BUK ! seseorang melanggarnya ketika dia berjalan di selekoh susur rumah itu.
" Aduh ! " merengus suara lunak itu. Arzhael menunduk kelibat yang melanggarnya. Baginya, tak sakit pun dia dilanggar. Dia takut dia terlanggar budak atau anak kecil.
" Maaf.. maaf " gadis itu bergegas pergi tanpa mendongak ke arahnya.
Belum sempat dia memproses apa yang terjadi, dia ditinggalkan seorang diri. Termangu-mangu dengan apa yang baru terjadi.
Walaupun wajahnya tidak terlihat tetapi gadis itu meninggalkan bauan vanila yang memenuhi rongga hidungnya membuatkan dia laju berpaling. Tetapi hampa apabila gerangan itu sudah menghilang dari pandangannya.
'' Dah jumpa petroleum ke kat tandas tu '' seloroh Declan pada abangnya. Dia, Zavian dan Roan baru tiba sebab diorang datang dengan kereta yang lain.
Arzhael mencerlung tajam '' petroleum apa, aku jumpa budak kecik tadi.. korang baru datang ke ni tak boleh lagi lambat ? '' balasnya.
'' Boleh je tapi Roan ni takut sangat kereta sport dia tu rosak calar. Orang tak puas lagi kot pusing KL pakai kereta dia '' ditolaknya bahu Roan yang berdiri di sebelahnya.
'' Aku bukan apa bang. Masalahnya abang Bian tu, dah macam orang gila eksaited terok. Kereta tu dah lah open roof. Dia boleh melalak nyanyi lagu ' i believe i can fly '. Dia tu dah besar macam tugu negara kot. Kang kena tahan polis, malu lah muka hensem aku ni '' adunya pada abang-abangnya.
'' korang kutuk aku ek .. aku komplen kat mummy karang '' Zavian menyampuk dari belakang dengan muka cemberutnya.
'' Pergi lah beritahu.. pergi ... anak mummy sangat '' Roan melawan.
Daeng Jasmine, Ibu Sameeha dan Arwan hanya melihat dari jauh keletah mereka.
'' Segak-segak eh anak korang Meen, Wan '' puji Saidah. Ni jadi menantu sorang ni. Cukup makan 7 keturunan. Maklumlah old money generation. Memang kaya dari zaman tok nenek cumanya keluarga mereka low profile dan humble.
Daeng Jasmine dan Arwan hanya senyum sopan. Mereka ni agak selek dalam bergaul. Bukan tengok status ke apa. Lebih kepada mengikut firasat hati. Bukan mereka tak tahu, banyak je orang yang nak dekat dengan mereka kerana harta dan status.
YOU ARE READING
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romance⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...