26

409 32 13
                                        

" Along ! along ! " Eshaal menjerit dan berlari ke arah pintu sebaik sahaja Calia masuk ke rumah.

Calia menaikkan kedua-dua kening. Kehairanan melihat adik bongsunya melompat-lompat seperti anak kecil menunggu mainan.

" Along !! along !!. hehehe " dia sengih lebar berdiri di depan Calia.

" Ye ye... kenapa Eshaal. Dok terkinja-kinja ni kenapa. Nak kencing pergi toilet " guraunya. Tangan menanggalkan kedua kasutnya dan diletakkan di dalam almari.

Langsung sahaja Eshaal mencebik bibir.
"Apa pulak kesitu along ni, bukanlah. Eshaal nak peyuk boleh ? " rayu Eshaal dengan mata coklat cairnya dikelip-kelip ke arah Calia.

" Ha ?! " terkejut Calia mendengar permintaan adiknya. Matanya turun melihat adiknya atas bawah.

" Cupcake.. are you sick ? " soalnya lagi. Risau.

" Ahh ! tak kira lah. I'm sorry along " lantas saja badan Calia dipeluk erat Eshaal. Tangannya terus naik terawang di udara. Tubuhnya jadi kaku seperti patung.

" Thank you.. thank you along. Thank you bagi Eshaal kereta " pelukannya dieratkan lagi lalu digoyangkan ke kiri dan kanan.

Bahu Calia mengendur dan dia tersenyum nipis.

" Aik, bukan merajuk dengan along ke. Tiba-tiba ada kereta pulak. Bila masa along bagi ni ? " sengaja dia berpura-pura tidak tahu.

Siang tadi dia menghubungi Roan kerana hendak membeli kereta idaman Eshaal sebagai hadiah memujuk dan appreciation gift untuk kerjanya sebagai head of security. Bukan main selera adiknya ini. Bugatti Chiron jadi pilihannya sejak dulu. Nasib baik ada model tu di car outlet Roan. Langsung saja dia order.

" Eii, along. Tu kat luar tak nampak ke ? Roan hantar tadi. Warna red wine pulak tu " ujar Eshaal dengan gembira. Kalau macam ni, nak merajuk selalu lah dengan along.

" Glad you like it. Jangan merajuk lama-lama dengan along. Kempis wallet along kalau kena pujuk macam ni selalu " seloroh Calia. Dia melabuhkan duduknya di sofa raung tamu.

" Aik along. Eshaal je ? angah ? angan yang nak kahwin beberapa hari lagi kot " suara Enaya menjengah dari dapur. Tangannya menyilang ke dada.

Calia tercengang. Dia lupa. Kalau dia beli hadiah, dia akan beli untuk semua orang sekali.

" Tak pe lah. Nanti angah minta kat Tengku lah " nada sebak terselit di sebalik suara itu. Bahunya jatuh sambil tangannya mengacau air teh di gelas. Dia duduk berdepan dengan Calia di sofa.

Calia dan Eshaal berpandangan. Calia menekup mulut tahan ketawa. Dahi Eshaal berkedut hairan. ' Dah kenapa along ni '

Eshaal memandang pada ibu yang berada di sebelahnya. Ibunya mengangkat bahu tanda tak tahu.

" Kak Mary, ambilkan barang-barang Calia dalam kereta " pintanya pada pembantu rumah mereka.

" Baik, cik muda "

Tidak lama kemudian, di tangannya ada sebuah kotak lut sinar. Dapat dilihat ada sejambak bunga di dalam. Mary meletakkan kotak itu dengan berhati-hati di atas meja kopi hadapan majikannya.

Mata Eshaal dan Enaya terpaku melihat isi kotak itu. Mulut mereka ternganga sedikit. Ibu Sameeha meletakkan telefonnya di tepi. Dia pun tertarik melihat kilauan bunga itu.

Calia tergelak kecil lalu dia mengeluarkan jambak bunga itu dan diletakkan atas stand yang disediakan.

5 kuntum bunga kristal ditatah bentuk bunga mawar  dan digubah dengan mutiara serta berlian berbentuk bulat yang ditempah khas dari pembuat barang kemas terkenal di Eropah.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang